Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KM 18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara
Auto Terkini

KM 18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam24/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PENGGUNA Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal susulan dua notis penutupan lorong melibatkan jajaran arah utara di sekitar KM18.

Menurut makluman rasmi PROLINTAS, penutupan ini dibuat bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan persimpangan baharu serta kerja penghitaman dan garisan jalan sementara.

Penutupan Pertama: Kerja Pembinaan Persimpangan

Penutupan melibatkan lorong motosikal dan laluan kecemasan di KM18.1 hingga KM19.5 (arah utara). Tempoh pelaksanaan adalah bermula 24 Februari sehingga 8 Mac 2026.

Kerja ini berkaitan pembinaan persimpangan baharu di kawasan berkenaan dan pengguna terutama penunggang motosikal dinasihatkan mematuhi papan tanda keselamatan serta arahan petugas trafik sepanjang tempoh tersebut.

Penutupan Kedua: Kerja Penghitaman & Garisan Sementara

Selain itu, satu lagi penutupan lorong dijadualkan di KM18.3 hingga KM18.9 (arah utara).
Kerja-kerja penghitaman garisan jalan dan pemasangan garisan sementara (lencongan) akan dijalankan pada 24 hingga 25 Februari 2026, dari jam 10 malam hingga 5 pagi.

Pelaksanaan waktu malam bertujuan meminimumkan gangguan trafik pada waktu puncak siang hari.

Pengguna Diminta Berwaspada

PROLINTAS memohon maaf atas sebarang kesulitan dan menasihatkan semua pengguna lebuh raya supaya memandu dengan berhati-hati serta mematuhi had laju yang ditetapkan ketika melalui kawasan kerja. Bagi sebarang pertanyaan lanjut, pengguna boleh menghubungi talian hotline PROLINTAS di 1-800-22-8888.

Dengan dua kerja berasingan berlangsung serentak di sekitar KM18 arah utara, pengguna laluan GCE khususnya yang berulang-alik ke Shah Alam dan Rawang disaran mempertimbangkan masa perjalanan bagi mengelakkan kelewatan.

SUMBER: FB PROLINTAS Highways

Auto Terkini jalan tutup kerja pembinaan kerja penambahan kerja penyelenggaraan lebuhraya guthrie Penutupan jalan penutupan sementara
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Anthony Loke cadang kurangkan parkir di projek dekat LRT
Auto Terkini

Waktu Puncak Rapid Rail Dilanjutkan Sempena Ramadan 2026

23/02/2026
Ahmad Maslan - peruntukan baiki jalan berlubang.
Auto Terkini

Lebih 54,000 Aduan Kerosakan Jalan Diterima Menerusi MYJalan

23/02/2026
Auto Terkini

JKDM Johor Sita 42 Kenderaan Mewah Bernilai RM22j Dalam Ops Terma

23/02/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

LRT3 Shah Alam Bakal Beroperasi Sebelum Jun, Ujian Akhir Sedang Dipercepat

24/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam23/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.