Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#KLIMS2024: WTCA Lancar Sedan Elektrik GAC AION ES (2025) Versi CBU, Harga Mula RM106k!
Auto Terkini

#KLIMS2024: WTCA Lancar Sedan Elektrik GAC AION ES (2025) Versi CBU, Harga Mula RM106k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/12/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WTC Automotif (WTCA) melancarkan AION ES edisi 2025 ke pasaran tempatan sempena Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024, berharga RM106,800.

Kereta sedan elektrik penuh (EV) versi import (CBU) itu ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Pure White (putih), Glamour Black (hitam) dan Holographic Silver (perak).

WTCA ialah anak syarikat Warisan TC Holdings iaitu pengedar tunggal jenama GAC AION di pasaran Malaysia. Berikut ialah perinciannya:

  • Dibangunkan menggunakan platform terbaharu AION ELECTRIC Platform (AEP) 2.0.
  • Rekabentuk luaran yang dikatakan bersifat sporty mengikut trend semasa, dibantu dengan lampu utama LED bertemakan Flowing Arc dan lampu belakang LED Laser Blade.
  • AION ES dipacu seunit motor elektrik magnet segerak kekal pada gandar depan, menawarkan kuasa 134hp (100 kW) dan tork 225Nm.
  • Ada tiga mod pemanduan disediakan iaitu ECO, Normal dan Sport. Penukaran gear menggunakan tombol rotari.
  • Sedan itu juga didatangkan fungsi pedal tunggal pemanduan (i-Pedal) serta janaan semula kuasa daripada brek (regenerative) tiga peringkat iaitu Low, Medium dan High.
  • Bateri berkapasiti 55.2 kWh (Magazine Battery 2.0) jenis Litium Besi-Fosfat (LFP) menawarkan jarak pandu 442km (kitaran NEDC).
  • Bateri boleh dicas menggunakan pengecas standard (AC) 6.6kW (Type 2) dan pengecas pantas (DC) 60 kW (CCS2).
  • Masa mengecas standard ialah 11 jam untuk bateri penuh, pengecas pantas dari kadar 30 peratus ke 80 peratus ialah 30 minit. Untuk pengecasan pantas penuh, ia mengambil masa 1.5 jam.
  • 5 tempat duduk dengan balutan kulit tiruan dengan barisan kerusi boleh rebah 60:40.
  • Kerusi pemandu boleh laras enam tahap, kerusi penumpang depan pula empat tahap. Penyelarasan adalah manual dan bukannya berkuasa elektrik.
  • Kabin didakwa menggunakan permukaan material jenis lembut.
  • Ruang but belakang sebesar 450 liter.
  • Instrumen meter LCD 3.5 inci dengan dua meter analog, masing-masing untuk spidometer dan meter petunjuk pengecasan bateri.
  • Meter infotainmen 8 inci jenis sesentuh dengan sambungan Bluetooth, radio FM dan Apple CarPlay. Sistem audio pula datangnya dari AION sendiri.
  • Sistem penyaman udara dua zon automatik, penumpang belakang dengan bolong pengudaraan.
  • Dimensi panjang 4,810mm, lebar 1,880mm, tinggi 1,545mm. Jarak roda 2,750mm dan jarak bumi 120mm. Berat kereta 1,665kg.
  • Rim aloi 17 inci dengan tayar berukuran 215/55. Sistem brek cakera untuk semua roda.
  • Ada ciri Sistem Kawalan Jelajah dan kemasukan tanpa kunci.
  • Waranti AION ES ialah lapan tahun atau 160,000km untuk kenderaan, lapan tahun atau 200,000km untuk bateri, unit motor dan unit kawalan elektrik.
  • Sempena pelancaran rasminya, pengguna akan menerima alat pengecas kediaman (wallbox) 7kW secara percuma bernilai RM3,500.

CIRI KESELAMATAN

  • Beg udara SRS untuk kerusi barisan hadapan.
  • Sensor undur belakang
  • Kamera belakang
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Kawalan Pegun Bukit
  • Agihan Brek Elektronik
  • Bantuan Brek Hidraulik
  • Brek Pegun
  • Sistem pemantauan tekanan tayar
  • ISOFIX
AION ELECTRIC Platform (AEP) AION ES GAC Aion Warisan TC Holdings WTC Automotif
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.