Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#KLIMS2024: Bermaz Motor Tawar Pakej Mazda CX-5 MS Edisi Terhad Bernilai RM12k
Auto Terkini

#KLIMS2024: Bermaz Motor Tawar Pakej Mazda CX-5 MS Edisi Terhad Bernilai RM12k

SyafieBy Syafie04/12/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BERMAZ Motor secara rasmi memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV), Mazda CX-5 MS edisi terhad di Pameran Antarabangsa Mobiliti Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.

Model edisi terhad ini mempunyai reka bentuk lebih bergaya, berprestasi tinggi, dan dilengkapi ciri-ciri canggih menjadikannya berbeza dengan varian asas, sekaligus menawarkan sentuhan baharu pada model SUV yang popular.

CX-5 ini juga bukan hanya SUV biasa kerana ia menggabungkan teknologi canggih dan penampilan yang lebih sporty seakan-akan sebuah kereta sport versi kenderaan keluarga. Gabungan unik atribut ini telah mengukuhkan kedudukan CX-5 sebagai pilihan utama dalam pasaran SUV yang kompetitif.

Mazda CX-5 MS edisi terhad ini merupakan pilihan dalam pakej Sport Performance yang direka khusus untuk peminat Mazda yang ingin mencari SUV bergaya atletik. Model ini juga menjanjikan teknologi berkuasa, siluet lebih licin, rekabentuk sporty, dan mempamerkan estetika menarik.

Berikut perincian model ini:

Luaran

  • Mempunyai kemasan hitam berkilat pada bahagian:
    • Sayap depan
    • Penutup cermin sisi
    • Panel rocker bahagian depan, belakang, dan pintu
    • Rim aloi 19-inci
  • Spoiler belakang mengikut warna badan
  • Tip ekzos dengan huruf MS

Dalaman

  • Upholsteri MS dengan kemasan jahitan merah pada bahagian:
    • Kerusi depan dengan huruf MS
    • Kerusi belakang
    • Panel pintu
    • Stereng
    • Balutan tombol gear
  • Lencana MS Edisi Terhad
  • Pedal Sport MS
  • Karpet dengan logo MS
  • Butang tekan-mula warna merah
  • Bar strut depan (bahagian enjin)

Pakej ini ditawarkan dengan harga RM 12,000 dengan disokong Waranti Aksesori Mazda selama 1 tahun. Pakej ini turut ditentukan mengikut kesesuaian tempoh masa pembelian kenderaan baharu.

Tempahan untuk pakej ini telah dibuka hari ini dan proses penghantaran pula dijangka bermula pada 2025.

Auto Terkini bermaz Motor Mazda CX-5 Mazda CX-5 MS Edisi Terhad Pameran Antarabangsa Mobiliti Kuala Lumpur (KLIMS) 2024
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.