• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #KLIMS2018: 7 Fakta Pantas - CAM Co-Star, Bas Mini Mewah yang Buat Ramai Terpikat

#KLIMS2018: 7 Fakta Pantas - CAM Co-Star, Bas Mini Mewah yang Buat Ramai Terpikat

November 25, 2018 By AO Leave a Comment

582
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR kenderaan komersial, China Auto Manufactures (CAM) melancarkan model bas mini mewah baharu, Co-Star pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 di MITEC, Kuala Lumpur. Kenderaan yang mampu memuatkan 20 penumpang ini ditawarkan pada harga bermula RM172,800 (atas jalan termasuk insurans).

Berikut beberapa fakta menarik tentang CAM Co-Star:

1. Model ini boleh diubah suai mengikut cita rasa dan keperluan pengguna, sama ada dikustomkan menjadi ofis bergerak, karavan, bas sekolah atau kegunaan lain.

2. Menawarkan ruang dalaman luas dan selesa dengan tinggi siling 1.8 meter dan lebar 1.9 meter. Jadi, penumpang tidak perlu membongkok untuk mengakses tempat duduk belakang. Malah, bas mini mewah ini mampu memuatkan 20 penumpang pada satu-satu masa.

3. Dilengkapkan dengan ciri istimewa seperti pintu gelungsur automatik pintar sebelah kiri.

4. Dikuasakan enjin 2.8L berkuasa 107hp dan tork 260Nm dengan padanan transmisi manual 5-kelajuan Getrag JC528, serta mampu mencapai kelajuan maksimum hingga 100kmj.

5. Pembeli turut ditawarkan insentif menarik, iaitu pakej waranti percuma 3 tahun atau had perbatuan 100,000km (mana satu tiba dahulu), termasuk khidmat panggilan hotline 24 jam setiap dan servis tunda percuma (sepanjang tempoh waranti).

BACA >>> Nissan NV350 Urvan Facelift (2018) Kini dengan Gril V-Motion - Harga Bermula RM125k

6. Pelanggan terawal yang menempah Co-Star akan diberikan sistem kamera 360º bernilai RM3,500, tertakluk tempoh tawaran.

7. Tempahan kini dibuka dan sudah sedia ada di pasaran sejak 11 November lalu.

TEKS: Diyana Ismadi

GALERI
CAM-Co-Star-City-1
CAM-Co-Star-City-3
CAM-Co-Star-City-5
CAM-Co-Star-City-8
CAM-Co-Star-City-9
CAM-Co-Star-City-6
CAM-Co-Star-City-10
CAM-Co-Star-City-4
CAM-Co-Star-City-2
CAM-Co-Star-City-7
CAM-Co-Star-City-11
CAM-Co-Star-City-12
582
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Bas Mini, CAM, CAM Co-Star, KLIMS 2018, Kuala Lumput International Motor Show (KLIMS) 2018, minibus, Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my