Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KKR: Laluan Nahas Sudah Disenarai untuk Kerja Naik Taraf Tahun Ini
Auto Terkini

KKR: Laluan Nahas Sudah Disenarai untuk Kerja Naik Taraf Tahun Ini

SyafieBy Syafie11/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Lokasi nahas bas ekpres pelajar UPSI
TRAGEDI kemalangan yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di laluan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berlaku di salah satu seksyen jalan yang sudah dikenal pasti untuk kerja naik taraf tahun ini melibatkan peruntukan RM55 juta, kata Menteri Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menurut beliau, pelbagai inisiatif sudah pun dijalankan sejak 2023 bagi menambah baik laluan Gerik-Jeli, khususnya di Jalan Persekutuan FT04 yang sering menjadi tumpuan pengguna jalan raya merentasi Banjaran Titiwangsa.

Projek Naik Taraf dan Penyelenggaraan Jalan FT04

Kemalangan bas ekspres bawa pelajar UPSI di jalan Gerik-Jeli

Jun 2023

  • RM30 juta diluluskan untuk kerja membina semula sebahagian JRTB.

Ogos 2023

  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tambahan RM30 juta.
  • Digunakan untuk penyelenggaraan dan menaik taraf beberapa seksyen kritikal FT04 seperti menurap semula jalan, baik pulih kemudahan, jambatan, lampu, dan lampu isyarat kedua-dua arah laluan.

Julai – Ogos 2023

  • Kerja-kerja menaik taraf disiapkan berperingkat.
  • Jumlah kos keseluruhan RM55.73 juta.
  • Berdasarkan penilaian tahap kerosakan menerusi kaedah Pavement Condition Assessment (PCA).

2024 – Tambahan Peruntukan RM7.2 Juta

Kerajaan mengumumkan tambahan peruntukan RM7.2 juta untuk pembaikan di seksyen lain laluan FT04.

Walaupun siasatan polis terhadap nahas masih berlangsung, Nanta mengakui menerima pelbagai reaksi orang awam berhubung kondisi laluan tersebut yang tular di media sosial.

Seperti saya nyatakan sebelum ini, KKR akan terus komited memastikan infrastuktur jalan raya di Malaysia kekal selamat dan selesa,” katanya sambil mengingatkan keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama,termasuk pengguna jalan raya sendiri.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Datuk Seri Alexander Nanta Linggi Jalan Raya Timur Barat (JRTB) kemalangan maut Kementerian Kerja Raya (KKR) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty โ€“ 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.