Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KKR Disaran Rekod Prestasi Kontraktor, Elak Projek Lewat
Auto Terkini

KKR Disaran Rekod Prestasi Kontraktor, Elak Projek Lewat

SyafieBy Syafie08/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Kerja Raya (KKR) supaya menyenaraikan semula semua projek di bawah kementerian itu serta merekodkan prestasi pelaksanaan setiap kontraktor secara terperinci bagi memastikan projek dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.

Menurut beliau, langkah itu penting untuk mengubah budaya kerja sedia ada, di mana pemantauan tidak sepatutnya hanya dibuat selepas projek siap atau apabila masalah sudah timbul.

Apa yang perlu dilakukan ialah senaraikan semua projek yang sedang berjalan, nyatakan jumlahnya dan pastikan prestasi kontraktor direkodkan. Jangan tunggu sehingga projek siap baru sedar ia lewat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan KKR yang berlangsung di ibu negara, Isnin.

Mesyuarat Pemantauan Setiap Bulan

Anwar turut mengumumkan, mesyuarat pemantauan akan diadakan secara bulanan di peringkat kementerian dan negeri bagi memastikan semua projek berjalan mengikut perancangan.

Pemantauan berkenaan termasuk melibatkan negeri seperti Sabah, Sarawak, Perlis dan Kelantan, selari dengan usaha kerajaan memperketat kawalan kemajuan projek berskala nasional.

Kontraktor Lewat, Tindakan Tak Boleh Lembut

Dalam masa sama, Perdana Menteri menegaskan bahawa tindakan tegas perlu diambil terhadap kontraktor yang gagal melaksanakan tanggungjawab atau menunjukkan sikap sambil lewa sehingga menyebabkan kelewatan projek.

Jika ada kontraktor yang sambil lewa dan lewat, tindakan tegas perlu diambil. Pemantauan mesti rapi dan tindakan segera perlu dilaksanakan,” tegas beliau.

Pegawai Perlu Turun Padang

Selain pemantauan projek, Anwar turut mengingatkan penjawat awam supaya turun padang bagi memahami keperluan sebenar rakyat di peringkat akar umbi, kerana realiti di lapangan adakalanya berbeza dengan perancangan di atas kertas.

Kadang-kadang saudara lebih faham apa yang diperlukan di bawah berbanding perancangan di atas,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan inisiatif seperti Kampung Angkat dan Sejati Madani diperkenalkan untuk mengelakkan wujudnya jurang antara kerajaan pusat dengan masyarakat luar bandar.

Fokus Kerajaan: Pelaksanaan, Bukan Sekadar Rancang

Anwar turut mengingatkan bahawa peningkatan bajet pembangunan tidak akan membawa sebarang makna sekiranya pelaksanaan projek masih perlahan dan tidak berkesan.

Justeru, beliau menegaskan bahawa fokus utama kerajaan bagi tempoh 2025 hingga 2026 adalah kepada pelaksanaan, bukan lagi sekadar merangka pelan atau merancang atas kertas.

Ringkasnya, mesej Perdana Menteri jelas – projek perlu siap ikut jadual, kontraktor kena bertanggungjawab, dan pemantauan mesti konsisten supaya wang rakyat benar-benar diterjemah kepada hasil di lapangan.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Kementerian Kerja Raya (KKR) Perdana Menteri Malaysia PMX
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

HEV

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

04/03/2026
MRT Laluan Putrajaya
Auto Terkini

MRT Laluan Putrajaya Terejas Sepanjang Hari Akibat Kecurian Kabel

04/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.