Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kilang Proton NEV Pecah Tanah di Tanjung Malim, Model CKD e.MAS 7 Bakal Muncul
Auto Terkini

Kilang Proton NEV Pecah Tanah di Tanjung Malim, Model CKD e.MAS 7 Bakal Muncul

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/02/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON sebentar tadi menyempurkan majlis pecah tanah pembinaan kilang kenderaan tenaga baharu (NEV) di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (Automotive Hi-Tech Valley, AHTV) di Tanjung Malim, Perak.

Ketua Kejuruteraan Pembuatan Proton, Wan Yousry Mohamed (foto bawah) menjelaskan pembangunan kilang EV pertama nasional itu menelan belanja RM82 juta melibatkan dua peringkat.

Fasa pertama dijangka siap menjelang akhir tahun ini atas tanah seluas 9,600 meter persegi dengan kapasiti pengeluaran awal 20,000 unit kenderaan setahun.

Pada peringkat pertama, fasiliti itu akan mengeluarkan pelbagai model berasaskan platform Arkitektur Modular Global (GMA) bermula Proton e.MAS 7.

Namun, tiada maklumat tarikh fasa kedua pembinaan kilang akan bermula, dan apa didedahkan cuma keluasan 14,400 meter persegi yang mampu mengeluarkan 45,000 unit.

Fasiliti terbaharu itu akan membuka kira-kira 200 peluang pekerjaan dalam bidang EV. Kilang itu kelak akan dilengkapi teknologi pembuatan pintar untuk memastikan binaan produk berkualiti tinggi.

Hadir sama ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (foto atas, lima dari kiri), Ahli Lembaga Pengarah Proton, Ahmad Jauhari Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Industri MITI, Faizal Mohd Yusof dan CEO MARii, Azrul Reza Aziz.

Dr Li dalam kenyataan berkata;

Hari ini kami mengambil langkah seterusnya untuk merealisasikan impian menghasilkan dan membangunkan model EV di Malaysia. Kenderaan yang dikeluarkan di kilang baharu ini akan memenuhi keperluan pelanggan di pasaran tempatan dan eksport, serta menjadi pendorong kepada pertumbuhan pasaran EV.

“Selepas siap, pengeluaran di kilang baharu ini akan tertumpu kepada Proton e.MAS 7 dan tawaran NEV masa depan apabila Proton meluaskan barisan model.

“Akhirnya, kami berharap kejayaan ini akan mewujudkan ekosistem automotif moden dan berkemampuan untuk menggalakkan lebih banyak OEM menimbangkan Malaysia dan AHTV sebagai pangkalan EV serantau.”

Auto Terkini Kilang EV Proton Proton Proton Berhad Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.