Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kia Malaysia Set Semula Strategi, Alat Ganti Turun 15 Peratus, Harga Mula Sportage Kini RM128.8k!
Auto Terkini

Kia Malaysia Set Semula Strategi, Alat Ganti Turun 15 Peratus, Harga Mula Sportage Kini RM128.8k!

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam05/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Alat ganti Kia turun purata 15 peratus

JENAMA kereta Korea Selatan, Kia membuat langkah berani membuka lembaran baharu di Malaysia dengan mengumumkan penurunan harga alat ganti tulen secara purata 15 peratus, serentak penawaran harga kenderaan lebih kompetitif, termasuk Kia Sportage yang kini ditawarkan pada harga bermula RM128,800.

Pengumuman itu dibuat susulan permulaan operasi rasmi KIA Sales Malaysia Sdn Bhd (KSM) sebagai Syarikat Jualan Nasional (NSC) bermula 2 Januari 2026, menandakan fasa penstrukturan semula jenama itu di pasaran tempatan.

Harga Lebih Realistik, Fokus Nilai Pemilikan

Langkah tersebut dilihat sebagai usaha strategik Kia untuk memulihkan keyakinan pengguna, terutama berhubung kos pemilikan jangka panjang yang sebelum ini sering menjadi kebimbangan utama pembeli.

Menurut KSM, struktur harga baharu merangkumi beberapa model sedia ada bagi memastikan Kia kekal relevan dan kompetitif dalam pasaran Malaysia yang semakin sensitif terhadap harga.

Antara paling mencuri tumpuan ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C, Kia Sportage yang kini ditawarkan pada harga permulaan RM128,800.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) Kia Carnival turut menerima pelarasan harga bermula 1 Januari 2026, bagi mengekalkan daya tarikan dalam segmen famili dan korporat.

Gudang Alat Ganti Shah Alam, Isu Menunggu Disasar

Kia kembali ke Malaysia, terus dari Korea Selatan
Kia kembali ke Malaysia, terus dari Korea Selatan

Pengarah Urusan KSM, Emily Lek berkata, pendekatan harga lebih telus dan munasabah adalah kunci untuk menjawab persoalan mengapa pengguna perlu memilih Kia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KSM, Hyung Ho Kim menyifatkan penubuhan NSC sebagai permulaan segar buat jenama itu di Malaysia, dengan komitmen jangka panjang terhadap sokongan pelanggan.

Bagi mengukuhkan perkhidmatan selepas jualan, Kia kini disokong gudang alat ganti khusus di Shah Alam, yang bertujuan mempercepat ketersediaan komponen dan mengurangkan tempoh menunggu servis, isu yang sering menghantui pemilik sebelum ini.

Waranti 5 Tahun, Program Kesetiaan dan Insurans

Kia kembali ke Malaysia, terus dari Korea Selatan
Kia kembali ke Malaysia, terus dari Korea Selatan

Selaras piawaian global Kia, semua kenderaan baharu terus didatangkan dengan waranti lima tahun atau 150,000km, mana satu tiba dulu, sekali gus menawarkan ketenangan minda kepada pembeli baharu.

KSM turut memperkenalkan program kesetiaan ‘Kia Circle’, yang menawarkan rebat tunai hingga RM6,000 kepada pemilik sedia ada yang ingin menaik taraf kenderaan. Keistimewaan itu turut dibuka kepada ahli keluarga terdekat.

Bagi pelanggan korporat dan profesional, program ‘Kia Professional’ menawarkan diskaun eksklusif hingga 3 peratus, termasuk pakej khas untuk pembelian skala besar.

Melengkapkan ekosistem pemilikan, program insurans ‘Kia Cares’ diperkenal dengan sokongan penanggung insurans utama seperti Berjaya Sompo dan Zurich, yang menawarkan manfaat seperti nilai dipersetujui hingga 15 tahun dan pengecualian kos ‘betterment’ hingga 10 tahun.

Auto Terkini Kia Circle Kia Malaysia Kia Professional Kia Sales Malaysia (KSM) Syarikat Jualan Nasional (NSC)
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Lebuhraya WCE
Auto Terkini

160,000 Kenderaan Dijangka Penuhi WCE Hujung Minggu Ini

21/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

21/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Beri Diskaun 30 Peratus Tambang ETS Balik Kampung Sambut Ramadan

22/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

20/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.