Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kia Taja Liga Europa UEFA Selama 3 Tahun, Bermula Musim 2018/2019
Auto Terkini

Kia Taja Liga Europa UEFA Selama 3 Tahun, Bermula Musim 2018/2019

Abang HirataBy Abang Hirata04/09/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BOLA SEPAK adalah antara sukan yang mempunyai pasaran industri terbesar dunia dengan jumlah kelompok peminat teramai. Lihat saja Piala Dunia yang dianjurkan setiap empat tahun sekali, setakat ini tiada lagi mana-mana sukan yang mampu jadi segah begitu. Ibarat seluruh dunia terkesan dan melekat di depan televisyen.

Sebabnya mudah, bola sepak ialah sukan rakyat. Sesiapa pun boleh beli bola dan masing-masing tendang bersama. Daripada bermain seorang diri hingga berpuluh pemain atas padang. Dek bola sepak mempunyai peminat dan fanatik yang ramai, tidak hairan sukan itu jadi tumpuan pelbagai syarikat komersil, golongan VIP, ahli politik, kerabat diraja atau mana-mana individu untuk turut serta meraih keuntungan, pengaruh dan cara bersosial.

Jalan mudah, laburkan saja sejumlah wang untuk penajaan, dan jenama anda akan terpampang di merata-rata tempat dan jadi sebutan ramai. Menariknya, syarikat perabot jati dan pemaju perumahan pun turut mahu menaja pasukan bola sebak. Sebabnya, mereka mahukan pendedahan dan penjenamaan.

Jika itu masih tidak cukup, beli saja kelab bola sepak seperti dilakukan beberapa individu atau taikun tempatan dan antarabangsa.

AUTOMOTIF DAN BOLA SEPAK

Dalam dunia automotif juga begitu. Walaupun melibatkan dua industri yang jauh berbeza, tetapi itu tidak menghalang kedua-dua entiti – automotif dan sukan – untuk saling bekerjasama. Jangan tidak tahu, Proton sendiri suatu masa dahulu pernah menaja pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Norwich City.

Terbaru, Kia Motors mengesahkan pembabitan pengeluar automotif dari Korea Selatan itu sebagai rakan rasmi Liga Europa UEFA selama tiga tahun bermula musim depan hingga final 2021.

Berikut Fakta Mengenai Tajaan Kia dengan Liga UEFA Eropah
  • Bakal bermula pada musim depan (2018/2019).
  • Perjanjian selama tiga musim hingga 2021.
  • Liga Europa UEFA ialah pertandingan bola sepak kelab profesional terbesar dunia.
  • Melibatkan kelab dari 54 negara Eropah.
  • Disaksikan 980 juta penonton seluruh dunia.
  • Sebagai rakan rasmi, Kia Motors bakal membekalkan 90 unit kenderaan kepada UEFA untuk kegunaan pusingan akhir Liga Europa UEFA pada 2019, 2020 dan 2021.
  • Semua kenderaan tersebut akan digunakan sebagai pengangkutan utama untuk pengadil, pegawai, delegasi dan VIP.
  • Kia Motors dan UEFA akan menganjurkan jelajah piala Liga Europa UEFA yang julung kali diadakan.
  • Jelajah tersebut memberi peluang kepada peminat serata dunia melihat sendiri piala tersebut.
  • Peminat juga turut berpeluang bertemu legenda bola sepak ternama.
  • Kia juga akan menjemput peminat muda dari seluruh Eropah untuk bertanding dan kemudian menjadi pembawa bola rasmi perlawanan ketika perlawanan.
Auto Terkini bola sepak Europa League UEFA Kia Kia Motors Liga Europa UEFA
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.