Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kia Stinger Versi UK Boleh Dimiliki Pada Harga Serendah RM179k!
Roda4

Kia Stinger Versi UK Boleh Dimiliki Pada Harga Serendah RM179k!

Han OthmanBy Han Othman03/10/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TEMPAHAN untuk Kia Stinger kini dibuka untuk pasaran seluruh Britain (UK) dengan jualan dijangka dilancarkan menjelang 1 Januari 2018. Kia menawarkan lima varian Stinger sebagai pilihan berasaskan tiga gred trim dan tiga varian enjin pengecas turbo yang mana pembeli UK boleh mendapatkan sedan mewah saiz pertengahan itu pada harga serendah £31,995 (RM179,872) untuk varian GT-Line.

Bagi setiap pembelian, pembeli akan menikmati ciri standard seperti:

  • Skrin sentuh 8.0 inci dengan sistem navigasi
  • Perkhidmatan Kia Connectes Services dengan Tomtom
  • Upholsteri kulit
  • Kerusi depan dengan pemanas dan pelarasan elektrik
  • Sistem bunyi 9-pembesar suara berserta subwufer
  • Rim aloi 18-inci

Varian GT-Line turut dilengkapkan dengan ciri Bonet Aktif, diferensial gelincir terhad (LSD), Pembrekan Kecemasan Autonomi (AEB), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Amaran Perhatian Pemandu (DAW) dan Maklumat Had Kelajuan (SLI).

Dua lagi varian (GT Line Scan dan GT-S) dibekalkan dengan tambahan:

  • Lampu utama LED penuh
  • Rim aloi 18/19-inci
  • Kerusi depan berudara
  • But elektrik
  • Pengesanan Titik Buta (BSD)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Brek Brembo (GT-S sahaja)
  • Suspensi elektronik dengan lima mod
  • Stereng nisbah gear variabel

Kedua-dua GT-Line dan GT-Line Scan boleh dimiliki dalam varian enjin 4-silinder, 2.0L T-GDI (244hp) atau 2.2L CRDi diesel (197hp) dengan rating EPA pada 5.6 liter per 100km. Varian GT-S pula dikuasakan enjin 3.3L V6 T-GDi (365hp). Semua model menggunakan sistem pacuan roda belakang (RWD) dan transmisi automatik 8-kelajuan berserta lima anjakan berbeza dan program terotel, serta kawalan manual.

Berikut ialah angka prestasi dan ekonomi Kia Stinger versi UK:

GALERI

harga Kia Stinger Kia Kia Stinger Kia Stinger UK Roda4 sedan mewah 4-pintu Segmen E
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

22/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

18/06/2026
Auto Terkini

Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

17/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.