Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kia Seltos (2023) Diperkenal di AS dengan Gaya Lebih Premium!
Roda4

Kia Seltos (2023) Diperkenal di AS dengan Gaya Lebih Premium!

Abang HirataBy Abang Hirata29/11/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda? Naza Kia pernah membawa masuk kenderaan utiliti sukan (SUV) Kia Seltos (2021) ke pasaran tempatan yang dilancarkan pada Januari 2021.

Model diimport dari India itu ditawarkan dalam dua varian EX dan GT Line yang masing-masing berharga RM115,888 dan RM133,888.

BACA >>> Naza Kia Lancar Seltos di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM115k
BACA >>> Kia Seltos – SUV Segmen-B untuk Peminat Gaya Boxy

Kia Seltos (2021) dijana enjin 1.6L Gamma MPI berkuasa 121hp dan tork 151Nm serta dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan. Saingan SUV segmen-B itu pada masa itu ialah Honda HR-V, Mazda CX-30 dan Proton X50.

Kia Seltos kali pertama didedahkan di New Delhi, India pada Jun 2019 sebelum memasuki pasaran global selepas itu. Selepas beberapa tahun di pasaran kini tiba masa SUV subkompak itu dikemas kini menerusi pengenalan Kia Seltos (2023) di Amerika Syarikat (AS).

Kia Seltos (2023) dijangka berada di bilik pameran Kia di AS pada penggal pertama 2023. Apakah ciri menarik SUV berkenaan?

Luaran

  • Gril ‘hidung harimau’ lebih besar.
  • Pilihan suluhan lampu Star Map merentasi gril depan.
  • Bampar depan baharu dengan lampu kabus corak vertikal yang disepadukan lampu siang (DRL).
  • Lampu belakang bersambung dari kanan ke kiri, lampu sandaran (backup) dan reflektor belakang bawah bampar yang mirip lampu di depan.
  • Rim corak geometrik untuk varian LX, S, EX dan SX.
  • Warna baharu Pluton Blue (biru), Fusion Black (hitam) dan Valais Green (hijau).

Dalaman

  • Panel skrin panoramik yang menggabungkan kluster instrumen 4.2 inci digital dan unit infotainment skrin sentuh 10.25 inci.
  • Kemasan papan pemuka dengan elemen horizontal seperti bahagian luaran.
  • Ada empat port USB.
  • Pintu but belkang elektrik (pilihan untuk SX Sunroof Package).
  • Kerusi depan dengan fungsi pengudaraan (pilihan untuk SX Sunroof Package).

Ciri Khas Seltos X-Line

  • Rekaan gril depan eksklusif dengan kemasan logam gilap (gunmetal).
  • Rim 18 inci baharu.
  • Rak bumbung hitam jenis bersambung (bridge type).
  • Kemasan pintu hitam kilat.
  • Lencana X-Line.

Trenkuasa

  • Dijana dua pilihan enjin:
    • Gamma 1.6L Turbo GDI berkuasa 195hp (tambahan 20hp) dan dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan.
    • Enjin 2.0L MPI berkuasa 147hp dan tork 179Nm dengan transmisi variabel pintar IVT (Intelligent Variable Transmission).
  • Ada tiga mod pemanduan: Normal, Smart dan Sport.
  • Pacuan dua roda (2WD), dan ada opsyen pacuan semua roda (AWD) aktif berdasarkan permintaan dengan sistem pemvektoran tork (torque vectoring).

Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS)

  • Bantuan Perlanggaran Depan dengan Pengesan Pejalan Kaki dan Penunggang Basikal.
  • Amaran Perlanggaran Titik Buta (Seltos S ke atas).
  • Bantuan Halaju Pintar (ISLA) dan Amaran Halaju Pintar (ISLW) (Seltos SX).
  • Semua varian dibekalkan ciri standard Amaran Perhatian Pemandu (DAW), Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA), Bantuan Susur Lorong (LFA), dan Monitor Pandang Belakang (RVM).
  • Amaran Keluar Selamat (SEW) (untuk Seltos S Navigation Package dan ke atas).
  • Bantuan Elak Pelanggaran Depan, termasuk Belokan Selekoh (Seltos SX).
  • Kawalan Jelajah Pintar (SCC) dengan ciri Henti-Mula (Seltos SX).
  • Kawalan Jelajah Pintar berasaskan Navigasi (NSCC, Curve) (Seltos X).
  • Bantuan Pandu Lebuh Raya (Seltos SX).
  • Bantuan Elak Trafik Lintas Belakang (RCTA).

BACA >>> Kia Forte (2023) Lancar di Amerika, Apa Baharu Kali Ini?
BACA >>> #Spyshot: Kia Dedah SUV Elektrik EV9 (2023) dengan Gaya Bersegi Jalani Ujian Enduran

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Kia Kia Seltos Kia Seltos 2024 Naza Kia Roda4 SUV SUV segmen-B SUV subkompak
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Toyota Harrier HEV
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga RM289k!

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.