• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kia ‘Reset’ Strategi Malaysia - Alat Ganti Turun 15%, Sportage Kini Bermula RM128,800

Kia ‘Reset’ Strategi Malaysia - Alat Ganti Turun 15%, Sportage Kini Bermula RM128,800

January 2, 2026 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Kia kembali ke Malaysia, terus dari Korea Selatan

JENAMA kereta Korea Selatan, Kia, membuat langkah berani membuka lembaran baharu di Malaysia dengan mengumumkan penurunan harga alat ganti tulen secara purata 15 peratus, serentak dengan penawaran harga kenderaan yang lebih kompetitif, termasuk Kia Sportage yang kini bermula RM128,800.

Pengumuman itu dibuat susulan permulaan operasi rasmi KIA Sales Malaysia Sdn Bhd (KSM) sebagai Syarikat Jualan Nasional (NSC) bermula 2 Januari 2026, menandakan fasa penstrukturan semula jenama itu di pasaran tempatan. Langkah ini dilihat sebagai usaha strategik Kia untuk memulihkan keyakinan pengguna, khususnya berkaitan kos pemilikan jangka panjang yang sebelum ini sering menjadi kebimbangan utama pembeli.

Harga Lebih Realistik, Fokus Nilai Pemilikan

Menurut KSM, struktur harga baharu merangkumi beberapa model sedia ada bagi memastikan Kia kekal relevan dan kompetitif dalam pasaran Malaysia yang semakin sensitif terhadap harga.

Antara yang paling mencuri tumpuan ialah Kia Sportage, SUV segmen-C popular jenama itu, yang kini ditawarkan pada harga permulaan RM128,800. Model MPV Kia Carnival turut menerima pelarasan harga bermula 1 Januari 2026, bagi mengekalkan daya tarikannya dalam segmen keluarga dan korporat.

Gudang Alat Ganti Shah Alam, Isu Menunggu Disasar

Kia kembali ke Malaysia, terus dari Korea Selatan
Kia kembali ke Malaysia, terus dari Korea Selatan

Pengarah Urusan KSM, Emily Lek, berkata pendekatan harga yang lebih telus dan munasabah adalah kunci untuk menjawab persoalan mengapa pengguna perlu memilih Kia. Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KSM, Hyung Ho Kim, menyifatkan penubuhan NSC sebagai permulaan segar buat jenama itu di Malaysia, dengan komitmen jangka panjang terhadap sokongan pelanggan.

Bagi mengukuhkan perkhidmatan selepas jualan, Kia kini disokong oleh gudang alat ganti khusus di Shah Alam, yang bertujuan mempercepatkan ketersediaan komponen serta mengurangkan tempoh menunggu servis, isu yang sering menghantui pemilik sebelum ini.

Waranti 5 Tahun, Program Kesetiaan & Insurans

Kia kembali ke Malaysia, terus dari Korea Selatan
Kia kembali ke Malaysia, terus dari Korea Selatan

Selaras dengan piawaian global Kia, semua kenderaan baharu terus didatangkan dengan waranti lima tahun atau 150,000 km, mengikut mana yang terdahulu, menawarkan ketenangan minda kepada pembeli baharu.KSM turut memperkenalkan program kesetiaan ‘Kia Circle’, yang menawarkan rebat tunai sehingga RM6,000 kepada pemilik sedia ada yang ingin menaik taraf kenderaan. Keistimewaan ini turut dibuka kepada ahli keluarga terdekat.

Bagi pelanggan korporat dan profesional, program ‘Kia Professional’ menawarkan diskaun eksklusif sehingga tiga peratus, termasuk pakej khas untuk pembelian berskala besar. Melengkapkan ekosistem pemilikan, program insurans ‘Kia Cares’ diperkenalkan dengan sokongan penanggung insurans utama seperti Berjaya Sompo dan Zurich, menawarkan manfaat seperti nilai dipersetujui sehingga 15 tahun serta pengecualian kos ‘betterment’ sehingga 10 tahun.

SUMBER: Berita Harian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kia Circle, Kia Malaysia, Kia Professional, Kia Sales Malaysia (KSM), Syarikat Jualan Nasional (NSC)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my