Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kia Lancar Model Khas Pasaran China – Pegas dan K2 Cross
Roda4

Kia Lancar Model Khas Pasaran China – Pegas dan K2 Cross

Abang HirataBy Abang Hirata26/04/2017
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KIA Motors baru-baru ini mempamerkan dua model baharu, Pegas dan K2 Cross di Pameran Auto Antarabangsa Shanghai 2017 yang direka, dibangunkan dan dibina khusus untuk pasaran China. Kia Pegas ialah sedan mini, manakala K2 Cross ialah kereta kompak yang diilhamkan daripada kenderaan utiliti sukan (SUV). Melihat rekaan dua model tersebut seakan pernah kita lihat, tetapi di mana ya?

Gaya rekaan depan nampak seiras Kia Rio sedan dan Rio hatchback yang baru saja dilancarkan di Pameran Auto Antarabangsa New York (NYIAS) 2017, sekitar sebulan lalu.

KIA PEGAS


Kia Pegas berada dalam segmen sedan mini (sama dengan Proton Saga dan Perodua Bezza) dan tampil dengan rekaan signatur Kia seperti gril ‘hidung harimau’. Pegas adalah model khusus untuk China dan disasarkan kepada pembeli muda di sana. Jarak roda berukuran 2,570mm, manakala saiz but belakang 475 liter – ruang luas dalam kelas.

Pegas dikuasakan enjin 1.4L MPI dengan output 92.6hp dan tork maksimum 133Nm serta dipadankan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan. Sedan ini akan mula dijual pada penggal kedua tahun ini.

KIA K2 CROSS


Kia K2 Cross pula tampil dengan gaya badan sebuah SUV yang sebenarnya diasaskan daripada sedan kompak K2. Model baharu itu ditinggikan 45mm berbanding model hatchback supaya jarak kelegaan bumi selari dengan bentuk badan crossover. Penampilan K2 Cross diserlahkan lagi dengan kit badan ala crossover, seterusnya menambah ukuran berbanding K2 sedia ada dengan lebar 1,750mm (+30mm) dan panjang 4,240mm (+40mm).

Pembeli K2 Cross ditawarkan dua pilihan enjin, 1.4L berkuasa 98.5hp dengan tork maksimum 132Nm, dan enjin 1.6L berkuasa 130hp dengan tork 151Nm. Kedua-dua enjin menggunakan teknologi pemasaan variabel-dual berterusan (dual continuously-variable valve timing – D-CVVT) yang dipadankan dengan transmisi manual atau automatik 6-kelajuan.

Berbeza Pegas, K2 Cross akan dipasarkan lebih awal, iaitu suku kedua tahun ini.

Kia Kia K2 Cross Kia Pegas
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

20/02/2026
PHEV

Toyota RAV4 PHEV 2026 Lancar di Jepun, Jarak Pemanduan Elektrik 150km!

22/02/2026
Auto Terkini

Toyota bZ Woodland 2026 – EV segak untuk Amerika Syarikat!

18/02/2026
Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
Bikin Auto

#BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

14/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.