Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kia EV9 Rasmi Buka Tempahan, Harga Mula RM369k
Auto Terkini

Kia EV9 Rasmi Buka Tempahan, Harga Mula RM369k

SyafieBy Syafie03/05/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PENGEDAR tunggal kenderaan Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd membuka tempahan secara rasmi untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik, Kia EV9 dengan menawarkan dua varian tempat duduk, 6- dan 7-kerusi.

Model SUV yang diperkenalkan pada 2023, mempunyai rekabentuk berkotak yang sangat unik menjadikan kenderaan ini mempunyai tarikan tersendiri sekaligus memenangi anugerah berprestij seperti 2024 World Car of the Year dan 2024 World Electric Vehicle.

Berikut adalah harga tempahan mengikut varian:

  • Kia EV9 GT-Line (AWD) 7-Kerusi : RM369,668
  • Kia EV9 GT-Line (AWD) 6-Kerusi : RM374,668

Apa yang menarik tentang model ini?

  • Menggunakan Platform Modular Global Elektrik Kia (E-GMP) yang pertama untuk model Kia dengan teknologi bateri generasi ke-4 memberikan ketumpatan tenaga yang lebih baik.
  • Hadir dengan 5 pilihan warna: Ocean Blue, Snow White Pearl, Pebble Gray, Aurora Black Pearl, dan Iceberg Green.
  • Dijana kuasa bateri 99.8 kwh dengan dwi motor elektrik yang menggerakkan gandar depan dan belakang.
  • Pacuan semua roda (AWD) mampu bergerak 505km dengan sekali cas yang menghasilkan output kuasa 380hp dan tork 700Nm untuk pengalaman pemanduan berprestasi.
  • Mempunyai Unit Kawalan Pengecasan Bersepadu (ICCU) yang membolehkan fungsi kenderaan ke muatan (V2L) sebanyak 3.6kwh.
  • Hadir dengan waranti kilang selama lima tahun dan had perbatuan 150,000km, mana satu tiba dulu.
  • Mempunyai perlindungan waranti bateri selama lapan tahun dan 160,000km, mana satu tiba dulu.

Spesifikasi Luaran

  • Panjang kenderaan: 5,010mm
  • Lebar kenderaan: 1,980mm
  • Tinggi kenderaan: 1,755mm
  • Jarak tayar: 3,100mm disokong dengan rim aloi 21 inci
  • Bahagian hadapan:
    • Mempunyai rekaan gril Digital Pattern Lighting Grill dengan lampu depan vertikal
    • Mempunyai elemen harimau melalui Digital Tiger Face
    • Lampu siang (DRL) dilengkapi LED Star Map
  • Bahagian sisi:
    • Pemilihan gaya poligon dan bersegi
    • Menggunakan hendal pintu rata (flush)
  • Bahagian belakang:
    • Dibiarkan dengan gaya minimalis tanpa garis agresif atau palang krom melintang.
    • Lampu belakang berbentuk langsing

Spesifikasi Dalaman

  • Membawa tiga baris tempat duduk pertama Kia yang dibina pada Platform Modular Global Elektrik (E-GMP)
  • Ruang kabin berpegang kepada falsafah rekabentuk ‘Opposites United‘ dan direka bertemakan ‘Technology for Life‘
  • Rekabentuk papan pemuka yang rapi dilengkapi unit infotaimen skrin sentuh 12.3 inci dan paparan segmen 5 inci
  • Infotainment dilengkapi dengan Apple Carplay dan Android Auto.
  • Barisan kerusi hadapan mempunyai pengecas pantas wayarles dan port USB-C, manakala baris kedua dan ketiga juga mempunyai pengecas USB-C
  • Konsol tengah menawarkan praktikaliti dengan bahagian bawah disediakan ruang luas untuk simpanan barang
  • Dilengkapi sistem bunyi keliling 14-pembesar suara Meridian

Ciri Keselamatan

  • Mempunyai 10 beg udara
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  •  Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Kawalan Traksi (TCS)
  • Kawalan Bantuan Mula Daki (HAC)
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX
  • Safe Exit Assist (SEA)
  • Electronic Brake-Force Distribution (EBD)
  • Brake Assist (BA)
  • Rear Occupant Alert (ROA)
  • High Beam Assist (HBA)
  • Parking Collision-Avoidance Assist (PCA)
  • Blind-Spot Collision-Avoidance Assist (BCA)
  • Rear Cross-Traffic Collision Assist (RCCA)
  • Blind-Spot View Monitor (BVM)
  • Lane Keeping Assist (LKA)
  • Driver Attention Warning (DAW)
  • Forward Collision-Avoidance Assist (FCA2)
  • Junction Turning (JT)
  • Junction Crossing (JX)
  • Lane-Change Oncoming (LCO)
  • Direct Oncoming (DO)
  • Lane-Change Side (LCS)
  • Driving Steering Assist (DSA)
  • Auto Evasive Steering Assist (ESA)
  • Lane Following Assist (LFA2)
  • Smart Cruise Control (SCC)

Kia EV9 GT-Line (AWD) 7-Kerusi

Kia EV9 GT-Line (AWD) 6-Kerusi

Auto Terkini Dinamikjaya Motors Sdn Bhd kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik Kia EV9
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, dan Tork 935Nm

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.