Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kia EV4 2025 Diperkenal Sebelum Pelancaran Rasmi, Ada Sedan, Hatchback dan GT-Line!
Auto Terkini

Kia EV4 2025 Diperkenal Sebelum Pelancaran Rasmi, Ada Sedan, Hatchback dan GT-Line!

Abang HirataBy Abang Hirata17/02/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BARISAN kenderaan elektrik (EV) Kia kini bersusun bagi memenuhi pelbagai cita rasa dan keperluan pelanggan sedunia. Kia sudah membariskan Niro EV, Ray EV, Soul EV, EV9, EV6, EV5, EV3 dan kini ahli famili baharu baru saja diperkenal, Kia EV4.

Lebih menarik, Kia EV4 2025 didatangkan dalam dua gaya badan sekali gus, iaitu sedan dan hatchback serta juga ada gaya sporty, menerusi GT-Line.

REKABENTUK EV4: ANTARA FUTURISTIK & KONTROVERSI

Menggunakan falsafah rekabentuk ‘Opposites United’, Kia EV4 2025 menggabungkan rekaan garis tajam dan bentuk unik. Rupa depan diolah daripada siri EV lain, tetapi model sedan lebih kepada gaya fastback dan ala crossover. Rekabentuk Kia EV4 hatchback pula lebih mudah dihadam.

Rekabentuk EV4 tampak unik, futuristik dan kontroversi. Lupakan mengenai keharmonian visual kerana setiap sudut EV4 terbuka untuk dibahaskan. Dari segi aerodinamik, EV4 direka untuk meningkatkan kecekapan tenaga dan memberikan pengalaman pemanduan lebih stabil dan lancar.

Kia EV4 (Sedan & Hatchback)

  • Menampilkan ‘EV Tiger Face’ Kia yang kemas dan menyerlah.
  • Lampu utama vertikal digabungkan dengan pencahayaan Star Map yang memberikan rupa lebar dan sporty.
  • Gabungan aerodinamik dan estetika futuristik membabitkan:
    • Bonet rendah untuk aliran udara lebih baik dan kecekapan aerodinamik.
    • Profil fastback yang memberikan rupa lebih slik dan moden.
    • Spoiler bumbung unik yang bukan saja meningkatkan aerodinamik, tetapi juga menambah gaya sporty.

i) Kia EV4 Sedan

  • Memberikan interpretasi baharu kepada konsep sedan tradisional.
  • Garisan hud rendah bersambung ke belakang dengan rekaan ‘long tail‘.
  • Rim aloi 19-inci unik seperti siri Kia EV lain.
  • Spoiler dua bahagian, lampu belakang menegak dan rekaan bampar kemas tanpa elemen tambahan.

ii) Kia EV4 Hatchback

  • Kekal unik, tetapi lebih sederhana berbanding model sedan.
  • Pilar-C tebal dan trim menegak.
  • Lampu belakang vertikal dengan lensa bersambung sepanjang but, tidak seperti sedan.

iii) Kia EV4 GT-Line

  • Menampilkan elemen rekabentuk eksklusif yang berbeza daripada model asas EV4.
  • Bampar depan dan belakang bentuk sayap untuk rekaan lebih agresif.
  • Rim 19 inci corak segi tiga.

Kia belum berkongsi maklumat terperinci mengenai trenkuasa, prestasi dan lain-lain lagi hingga pelancaran rasmi pada penghujung Februari ini.

EV Kenderaan Elektrik (EV) Kia Kia EV4 Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Lotus Eletre X Hybrid 2026
HEV

Lotus Eletre X Hybrid Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, Tork 935Nm

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.