Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kia Carnival 2026 Baharu Rasmi Lancar di Malaysia, CKD dari Kulim, Harga Mula RM188,888
Roda4

Kia Carnival 2026 Baharu Rasmi Lancar di Malaysia, CKD dari Kulim, Harga Mula RM188,888

Han OthmanBy Han Othman20/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

New Kia Carnival 2026

KIA Carnival kini memasuki fasa baharu di Malaysia apabila Kia Sales Malaysia (KSM) secara rasmi melancarkan Kia Carnival 2026 Baharu, sekali gus menjadi model pertama diperkenalkan sejak penubuhan wakil pengedar tunggal jenama Korea itu di negara ini.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz penuh itu bukan sekadar model dipertingkat (facelift) kosmetik, sebaliknya menampilkan rekabentuk lebih berani, kabin lebih sofistikated dan pakej keselamatan berserta teknologi yang jauh lebih lengkap, sekali gus mengukuhkan kedudukan dalam segmen MPV premium keluarga dan eksekutif.

Lebih menarik, Kia Carnival 2026 Baharu itu dipasang secara tempatan (CKD) di Kulim, Kedah, menandakan komitmen jangka panjang Kia untuk pasaran Malaysia.

Dua Varian CKD, 7- dan 11-Kerusi

New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026

Kia Carnival 2026 Baharu versi pemasangan tempatan ditawarkan dalam dua varian turbodiesel 2.2D, pada harga berikut (Semenanjung Malaysia, tidak termasuk insurans dan cukai jalan):

  • Kia Carnival 2.2D 11-kerusi – RM188,888
  • Kia Carnival 2.2D 7-kerusi (Executive Lounge) – RM248,888

Setiap unit didatangkan dengan waranti 5 tahun  atau 150,000km (mana satu tiba dulu)

Enjin Smartstream 2.2 Diesel – Tork Besar, Jimat

New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026

Kedua-dua varian dipacu enjin Smartstream 2.2-liter turbodiesel, yang menghasilkan output kuasa 202ps @ 3,800rpm,  dan tork 440Nm @ 1,750rpm – 2,750rpm

Kuasa disalurkan ke roda depan menerusi transmisi automatik 8-kelajuan dengan menawarkan pemanduan lancar dan senyap yang sesuai untuk perjalanan jauh serta kegunaan harian.

Dari sudut kecekapan, penggunaan bahan api gabungan dicatatkan sekitar 6.5 liter per 100km (NEDC), cukup kompetitif untuk sebuah MPV besar dengan panjang hampir 5,200mm.

Rekabentuk ‘Opposites United’ Lebih Premium

New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026

Mengikut falsafah rekabentuk global Kia, ‘Opposites United’, Kia Carnival 2026 Baharu tampil menampilkan wajah lebih tegas dan moden. Antara ciri visual utama:

New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
  • Gril depan lebar dengan bampar berukir kemas
  • Lampu depan vertikal menegak dengan grafik lampu siang (DRL) Star Map
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
  • Lampu belakang Star Map yang lebih kemas dan futuristik
  • Plat nombor dialihkan ke bahagian bawah pintu belakang untuk rupa lebih bersih

Secara keseluruhan, Carnival kini lebih menyerupai SUV besar berbanding kenderaan pelbagai guna (MPV) konvensional, satu langkah penting untuk daya tarikan pasaran premium.

Kabin Minimalis, Teknologi Tinggi

New Kia Carnival 2026

Masuk ke dalam kabin, pendekatan minimalis moden jelas diterapkan. Antara sorotan utama Kia Carnival 2026 Baharu:

New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
  • Panel skrin panorama lengkung dengan:
    • Kluster instrumen digital 12.3 inci
    • Unit infotainmen 12.3 inci
  • Sistem kawalan iklim dan infotainmen fizikal (mudah guna)
  • Lampu ambien pada papan pemuka dan panel pintu
  • Pemegang cawan saiz besar yang mesra keluarga

Konfigurasi Tempat Duduk

New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
  • 7-tempat duduk: Susunan 2-2-3 dengan Kerusi Relaxion Premium baris kedua
  • 11-tempat duduk: Susunan 2-3-3-3 dengan kerusi tengah boleh dilipat untuk akses mudah

Keselamatan Menyeluruh – ADAS Standard Semua Varian

New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026

Keselamatan menjadi salah satu kekuatan utama Kia Carnival Baharu, dengan lapan beg udara termasuk beg udara sisi tengah, serta pakej ADAS penuh sebagai standard.

Antara sistem keselamatan utama:

  • Bantuan Elak Perlanggaran Depan (FCA) 2.0
  • Bantuan Pemanduan Lebuh Raya (HDA) 2.0
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA), dan Bantuan Susur Lorong (LFA)
  • Bantuan Elak Perlanggaran Titik Buta (BSCAA)
  • Elak Perlanggaran Trafik Lintas Belakang (RCTCA)
  • Amaran Penumpang Belakang (ROA)
  • Bantuan Had Kelajuan Pintar (ISLA)
  • Amaran Perhatian Pemandu (DAW)

Ya, ini adalah antara MPV paling lengkap dari sudut keselamatan aktif di pasaran Malaysia ketika ini.

MPV Besar dengan Sentuhan Premium Sebenar

New Kia Carnival 2026

Dengan reka bentuk lebih moden, kabin mewah, enjin diesel bertork tinggi serta tahap keselamatan yang komprehensif, Kia Carnival Baharu bukan sekadar MPV keluarga biasa.

Ia kini berada dalam liga tersendiri sebagai:

  • SUV keluarga besar yang selesa
  • Kenderaan eksekutif berimej premium
  • Alternatif kepada SUV besar sedia ada untuk pengguna yang perlukan ruang sebenar

Secara ringkas, Kia Carnival 2026 Baharu menandakan permulaan era baharu Kia di Malaysia, yang lebih yakin, lebih premium dan lebih relevan untuk pasaran tempatan.

New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
New Kia Carnival 2026
Kia Carnival 202 Baharu New Kia Carnival Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Nissan Serena e-POWER C28
HEV

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

04/03/2026
Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

04/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.