Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kia Carens Baharu Raih Anugerah Kereta Terbaik India (ICOTY) 2023!
Auto Terkini

Kia Carens Baharu Raih Anugerah Kereta Terbaik India (ICOTY) 2023!

Abang HirataBy Abang Hirata23/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ANTARA segmen yang mempunyai saingan sengit adalah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang bertindan dengan kenderaan utiliti sukan (SUV).

Di Malaysia, bahang saingan MPV dan SUV segmen-B kurang hangat seperti di negara jiran Indonesia. Di sana, pengguna ditawarkan pelbagai model seperti Toyota Avanza, Toyota Rush, Daihatsu Xenia, Daihatsu Terios, Mitsubishi Xpander, Nissan Livina, Honda BR-V, Suzuki Ertiga, Suzuki XL7, Renault Triber, Hyundai Stargazer dan Kia Carens.

BACA >>> Spesifikasi Hyundai Stargazer (2022) yang Baru Lancar di Indonesia
BACA >>> Hyundai Palisade (2023) Versi Facelift Lancar di Malaysia, Harga Mula RM369k

Ya, begitu banyak pilihan dan hanya tinggal Mazda dan Subaru sebagai pengeluar Jepun yang tidak memasuki persaingan tersebut. Dalam senarai tersebut dapat dilihat pengeluar Korea Selatan turut menghantar wakil menerusi Hyundai Stargazer dan Kia Carens.

Jika produk kumpulan Toyota mendominasi pasaran Indonesia, produk kumpulan Hyundai pula begitu laris di India hingga menduduki tempat kedua selepas Suzuki (2022). Ini pencapaian hebat kerana banyak negara didominasi Toyota.

Satu lagi perkara menarik, Hyundai Stargazer tiada di India, sebaliknya pengguna diberi Hyundai Alcazar, manakala Kia kekal diwakili Carens. Strategi Hyundai dan Kia itu mempunyai kelebihan apabila pengeluar Jepun tidak menghantar armada MPV dan SUV ke sana kecuali Suzuki yang sudah kukuh bertapak di sana.

Percaturan Kia Carens membuahkan hasil apabila dipilih sebagai Kereta Terbaik India (ICOTY) 2023. Malah, bukan satu anugerah, Kia EV6 pula menang Anugerah Kereta Hijau ICOTY 2023.

Kemenangan itu meletakkan Kia sebagai jenama pertama meraih dua anugerah ICOTY pada tahun sama.

Kia Carens generasi keempat yang dilancarkan pada 2021 sangat berbeza daripada generasi terdahulu. Carens baharu menampilkan format crossover kompak dengan rekaan lebih robust berbanding gaya Eropah.

Dipanggil ‘Recreational Vehicle’, Kia Carens direka untuk keluarga moden di India, dan apa yang tidak berubah adalah penawaran tiga baris tempat duduk.

Berikut spesifikasi Kia Carens pasaran India:

Ada tiga pilihan trenkuasa; Smartstream 1.5 Petrol, Smartstream 1.4 T-GDi Petrol dan 1.5 CRDi VGT Diesel dalam tiga pilihan transmisi: 6MT, 7DCT dan 6AT, termasuk dua konfigurasi tempat duduk, 6- atau 7-kerusi

Dilengkapi ciri keselamatan standard seperti 6 beg udara, Pengurusan Stabiliti Kenderaan (VSM), Kawalan Daki Bukit (HAC) dan Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC).

Unit infotainment definisi tinggi (HD) 10.25 inci skrin sentuh dengan navigasi dan aplikasi Kia Connect. Juga dilengkapi sistem bunyi Premium BOSE dengan lapan pembesar suara.

Ada sistem penulen udara Smart Pure Air Purifier untuk perlindungan virus dan bakteria. Kerusi depan diberikan ciri pengudaraan, manakala tempat duduk baris kedua ada fungsi boleh lipat automatik satu sentuhan One Touch Easy Electric Tumble.

Disediakan bumbung suria panoramik SkyLight Sunroof. Harga bermula 1,019,900 rupee (RM53,110) hingga 1,704,900 rupee (RM88,780).

Apakah Anugerah ICOTY?

ICOTY ialah anugerah anjuran Persatuan Jurnalis Automotif India (AJAI) yang menilai kereta baharu tahunan di negara Asia Selatan itu berdasarkan kriteria harga, kecekapan bahan api, rekabentuk, keselesaan, keselamatan, prestasi, praktikaliti, inovasi teknikal, nilai wang, dan kesesuaian pemanduan di India.

Saingan Kia Carens untuk ICOTY 2023 ialah Maruti Suzuki Grand Vitara, Mahindra Scorpion-N, Toyota Urban Cruiser HyRyder, Maruti Suzuki Brezza, Skoda Slavia, Citroen C3 dan Volkswagen Virtus.

BACA >>> Kia Stinger Tribute Edition (2023), Hanya 1,000 Unit Dikeluarkan Sempena Tamat Pengeluaran
BACA >>> Kia Seltos (2023) Diperkenal di AS dengan Gaya Lebih Premium!

Kia Carens (2022)
Auto Terkini ICOTY 2023 India Indian Car of the Year (ICOTY) Indian Car of the Year (ICOTY) 2023 Kereta Terbaik India (ICOTY) 2023 Kia Kia Carens KIA EV6
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

By Shazwan Hisam27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.