• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ketua Projek Terkejut Brivio Tinggalkan Suzuki Tiba-Tiba

Ketua Projek Terkejut Brivio Tinggalkan Suzuki Tiba-Tiba

January 12, 2021 By AI Leave a Comment

48
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEPUTUSAN Davide Brivio meninggalkan Suzuki Ecstar MotoGP memberikan tamparan hebat buat pasukan pengilang itu berikutan kejayaan merangkul Kejuaraan Dunia MotoGP 2020 selepas 20 tahun.

Ketua Projek Suzuki MotoGP, Shinichi Sahara mengakui sangat terkejut dengan keputusan itu. Menurutnya, Brivio ialah individu yang berjaya membawa lima gelaran juara MotoGP, iaitu empat untuk Valentino Rossi ketika bersama Yamaha, dan satu buat Joan Mir dengan Suzuki, musim lalu.

Bagaimanapun, musim ini Brivio memutuskan mencari cabaran baharu dengan menyertai pasukan Formula Satu (F1) Alpine sebagai pengurus.

Sahara berkata;

Ini berita yang sangat mengejutkan mengenai keputusannya meninggalkan Suzuki Ecstar. Perasaannya sama macam sebahagian diri aku dirampas. Selama ini kami selalu berbincang bersama untuk meningkatkan pasukan dan jentera.

"Cukup lama hubungan hebat ini dijalin dan tiba-tiba dia nak tinggalkan kami. Apatah lagi tahun lalu kami berjaya mencapai keputusan luar biasa walaupun dalam keadaan sukar sebab Covid-19. Tahun ini pula penting untuk kami mengekalkan momentum."

Namun, Sahara akur yang pihaknya tidak mampu menyekat keinginan Brivio dan mesti cuba mencari jalan terbaik berikutan kehilangan rakan pasukannya itu. Mujurlah segala tindakan dan fikirannya sama seperti Brivio dalam menetapkan hala tuju Suzuki.

Cuma apa yang menyedihkan, Suzuki Ecstar kini masih tiada pengganti dan bakal berdepan cabaran sukar dalam sesi ujian pertama di Sepang, bulan depan. Buat masa ini masih belum dapat dipastikan bakal pengurus baharu pasukan berkenaan.

BACA >>> Brivio Tinggalkan Suzuki Ecstar, Beralih ke Sukan Lumba F1
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Jentera Kelas Premier MotoGP Guna Brek Karbon?

48
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2021 MotoGP, Davide Brivio, MotoGP, roda2, Shinichi Sahara, Suzuki, Suzuki Ecstar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Harga Petrol, Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
    Harga Petrol, Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
  • Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
    Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
  • Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
    Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
  • Syarikat Israel Hasilkan Bateri EV yang Boleh Cas Sepantas 5 Minit Sahaja!
    Syarikat Israel Hasilkan Bateri EV yang Boleh Cas Sepantas 5 Minit Sahaja!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my