• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Brivio Tinggalkan Suzuki Ecstar, Beralih ke Sukan Lumba F1

Brivio Tinggalkan Suzuki Ecstar, Beralih ke Sukan Lumba F1

January 7, 2021 By AI Leave a Comment

23
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS memimpin Suzuki menjuarai Kejuaraan Dunia MotoGP 2020, timbul desas-desus mengatakan pengurus Suzuki Ecstar, Davide Brivio bakal meninggalkan pasukan tersebut untuk beralih ke sukan lumba Formula Satu (F1) bersama pasukan Alpine F1.

Berita ini pasti membuatkan kedudukan Suzuki goyah jika mengambil kira pengalaman dicurahkan Brivio selama ini. Sentuhannya nyata luar biasa berikutan kejayaan membawa pasukan itu meraih kejuaraan dunia MotoGP.

Malah beliau juga pernah menjadi salah seorang individu penting yang bertanggungjawab membawa masuk Valentino Rossi dari Honda ke Yamaha suatu masa dulu.

DAVIDE BRIVIO AND TEAM SUZUKI ECSTAR PART WAYS.
After 8 years together, our Team Manager is leaving.
Read the full story here. https://t.co/jtcSf6bMJI@MotoGP #SUZUKing pic.twitter.com/ooCPNij4ab

— Team Suzuki Ecstar (@suzukimotogp) January 7, 2021

Beliau meyakinkan Rossi supaya meninggalkan Honda Racing Corporation (HRC) untuk menyertai Yamaha. Hasilnya, pada tahun pertama, pelumba Itali itu pantas menjadi juara dunia, termasuk mengalahkan Honda pada perlumbaan di GP Welkom, Afrika Selatan.

Perjalanan Brivio cukup unik apabila bermula sebagai wartawan permotoran sebelum beralih menjadi pengurus pasukan Indie Yamaha WSB. Beliau kemudian menjadi pengurus Yamaha MotoGP dan selepas itu menyertai Suzuki MotoGP.

Apa menakjubkan, Brivio berjaya membawa dua jenama Jepun tersebut menjadi juara dunia. Terbaharu, dalam enam musim dan selama lapan tahun, beliau memberikan Suzuki gelaran tertinggi tahun lalu, sesuatu yang tidak pernah dijangka sesiapa pun.

Brivio meninggalkan Suzuki Ecstar untuk menyandang jawatan Ketua Pegawai Ekskutif (CEO)  F1 Renault (Alpine F1). Pemergian beliau diumumkan menerusi laman sosial pasukan itu;

Cabaran dan peluang profesional baharu tiba-tiba datang kepada saya, akhirnya saya buat keputusan untuk ambil. Ini keputusan yang sukar. Perkara paling sukar adalah tinggalkan pasukan hebat yang saya mulakan projek ini ketika Suzuki memilih untuk sertai semula kejuaraan (MotoGP)."

BACA >>> Joan Mir Juara MotoGP 2020! Julang Suzuki Selepas 20 Tahun!
BACA >>> #RetroAuto: Wira Perkasa Suzuki GSX-R400 dengan Perisai Menentang Kejahatan

SUMBER: PlanetF1

23
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2021 MotoGP, Davide Brivio, roda2, Suzuki, Suzuki Ecstar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
    #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
  • #ApaNakBuat: Mana Satu Jenis Servis Kereta Saya Kena Buat? Minor atau Major?
    #ApaNakBuat: Mana Satu Jenis Servis Kereta Saya Kena Buat? Minor atau Major?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my