• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kes Naya! Tukang Cuci Gopoh Pandu Avanza Rempuh Dinding, Langgar Rakan Kerja

Kes Naya! Tukang Cuci Gopoh Pandu Avanza Rempuh Dinding, Langgar Rakan Kerja

April 11, 2022 By Farah Leave a Comment

387
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA pergi ke pusat cuci kereta, sesetengan pelanggan akan menyerahkan kunci kereta mereka kepada tukang cuci untuk diuruskan semuanya hingga semua selesai sebelum dikembalikan.

Namun lain pula kisah yang berlaku di Indonesia ini apabila kereta Toyota Avanza milik pelanggan ini dikembalikan dalam keadaan remuk disebabkan perbuatan tukang cuci.

@jpradarkudus Haduh gajian minus deh mas. #radarkudus #radarkudusviral #entertainment #tiktokberita ♬ suara asli - jpradarkudus

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat cuci itu, Avanza pelanggan yang dipandu tukang cuci gagal berhenti pada tempat sepatutnya, sebaliknya meluru laju merempuh dinding kedai  hingga terlanggar seorang tukang cuci lain.

Tukang cuci yang memandu Avanza itu kemudian keluar dalam keadaan terpingga-pingga, seakan tidak percaya dengan situasi yang sedang berlaku. Melihat impak rempuhan, bampar depan kenderaan pelbagai guna (MPV) itu hampir pasti remuk teruk.

Jika ditelitikan detik kemalangan, tukang cuci itu didapati memandu secara terburu-buru dan laju hingga gagal menanggarkan jarak dinding depan untuk membrek. Ramai mengharapkan insiden itu dapati dijadikan pengajaran supaya jangan mudah membiarkan pekerja cuci memandu kereta kita.

BACA>>>  #ApaNakBuat: 5 Tip Cuci Kereta yang Betul
BACA>>> #ApaNakBuat: Cara Betul Cuci Stereng Kereta Ikut Jenis Material

Related

387
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Car Wash, Cuci Kereta, Kereta, memandu, tukang cuci langgar, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev