Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam16/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.

BMW Group Malaysia mengorak langkah penting dalam agenda kemampanan negara menerusi kerjasama strategik bersama Universiti Malaya (UM), yang menumpukan kepada aplikasi bateri EV hayat kedua bagi menyokong penyimpanan tenaga mampan dan inisiatif elektrifikasi luar bandar dan komuniti.

Kerjasama itu memanfaatkan bateri kenderaan elektrik (EV) BMW yang tamat penggunaan automotif untuk diberi kitar hayat baharu sebagai sistem penyimpanan tenaga, selari aspirasi ekonomi kitaran dan peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.

Kerjasama Industri – Akademia Tenaga Mampan

BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.

Dalam majlis memorandum persefahaman (MoU) yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 15 Januari 2026, BMW Group Malaysia akan membekalkan bateri EV terpakai kepada Pusat Kecemerlangan Termaju Tenaga Kuasa UM  (UMPEDAC) bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi penyimpanan tenaga.

Hasil R&D itu akan diterjemah kepada aplikasi dunia sebenar menerusi projek pembangunan mampan dan penglibatan komuniti di bawah Pusat Pembabitan Komunitt UM (UMCares) dan Pusat Pembangunan Mampan UM (UMSDC) menerusi penekanan kepada kegunaan di kawasan luar bandar.

Memanjangkan Kitar Hayat Bateri EV

BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.

Kerjasama itu menzahirkan komitmen BMW Group Malaysia terhadap prinsip Kitaran dan Mobiliti Mampan, dengan memanjangkan kitar hayat bateri EV melepasi penggunaan asal dalam sektor automotif.

Antara aplikasi diterokai seperti:

  • Sistem penyimpanan tenaga pegun
  • Sokongan kepada integrasi tenaga boleh diperbaharui
  • Penyelesaian tenaga mampan di persekitaran kampus dan komuniti

Ini sekali gus mengurangkan pembaziran dan kebergantungan kepada sumber tenaga konvensional.

Perkongsian Kepakaran,Pembangunan Modal Insan

BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.

Selain aspek teknikal, kolaborasi itu turut merangkumi perkongsian pengetahuan dan pembangunan kapasiti antara pakar BMW Group Malaysia dengan fakulti dan pelajar UM.

Inisiatif itu membuka peluang kepada penyelidikan bersama, pembangunan kes penggunaan teknikal bateri hayat kedua, dan pelaksanaan program penglibatan awam yang memupuk kesedaran terhadap kemampanan dan ekonomi kitaran.

Komitmen BMW Terhadap Ekonomi Kitaran

BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, kerjasama ini memastikan bateri EV BMW terus menjana nilai walaupun selepas tamat kitar hayat automotif, sambil menyumbang kepada penyelesaian yang memberi manfaat alam sekitar dan sosial.

Inisiatif tersebut juga selari aspirasi BMW Group Malaysia untuk memperkukuh ekosistem EV tempatan melalui inovasi mampan dan kolaborasi strategik bersama institusi tempatan.

Sokong Agenda Mampan Nasional

BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.

Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Datuk Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman berkata, potensi besar bateri hayat kedua dalam menyokong integrasi tenaga boleh diperbaharui dan membuktikan kebolehlaksanaan ekonomi kitaran dalam amalan sebenar.

Kerjasama itu dijangka menyumbang kepada pembangunan ekosistem EV Malaysia lebih mampan, selain memperkukuh peranan industri dan akademia dalam menangani cabaran tenaga masa depan.

Sebahagian Inisiatif RE:THINK, RE:GENERATE

BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.

Kerjasama dengan UM itu dibina berasaskan inisiatif kemampanan berterusan BMW Group Malaysia di bawah program RE:THINK dan RE:GENERATE, yang menekankan pengurangan sisa, penggunaan semula dan kitar semula sumber merentasi rantaian nilai perniagaan.

Melalui pendekatan berteraskan ekonomi kitaran tersebut, BMW Group Malaysia terus memperkukuh peranan dalam memacu mobiliti mampan dan penyelesaian tenaga yang memberi impak jangka panjang kepada masyarakat serta alam sekitar.

BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini bateri EV bateri hayat kedua bateri kenderaan elektrik Benjamin Nagel BMW Group Malaysia BMW Malaysia EV kereta elektrik Universiti Malaya (UM)
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

HEV

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

04/03/2026
MRT Laluan Putrajaya
Auto Terkini

MRT Laluan Putrajaya Terejas Sepanjang Hari Akibat Kecurian Kabel

04/03/2026
Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

04/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.