Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kereta Sewa Raya Laris Sejak Awal Ramadan, Alza dan Exora Paling Laku!
Auto Terkini

Kereta Sewa Raya Laris Sejak Awal Ramadan, Alza dan Exora Paling Laku!

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize04/04/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BUKAN saja baju raya, tempahan kereta sewa juga laris bak pisang goreng panas sepanjang Ramadan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Qaiser Auto Mall, Mohd Fauzi Che Roas berkata, kereta sewa sempena Raya sudah penuh ditempah sejak awal Ramadan lalu.

Menurutnya, kenderaan pelbagai guna (MPV) mendapat permintaan tinggi kerana kebanyakan pelanggan memiliki ahli keluarga ramai selain mementingkan keselesaan ketika perjalanan jauh.

Hari pertama Ramadan (23 Mac), pelanggan sudah mula buat tempahan (kereta sewa) untuk pulang ke kampung. Kereta paling ‘laku’ ialah Perodua Alza dan Proton Exora.

Mohd Fauzi berkata, model kompak seperti Perodua Myvi juga mendapat permintaan, terutama golongan pelajar, dan ada penyewa menjadikan ia sebagai ‘kereta kongsi’ (car pool) yang disewa beramai-ramai bersama rakan sekampung untuk berjimat.

Namun juga ada pelanggan sanggup berbelanja hingga RM1,300 sehari dengan menyewa model mewah seperti Toyota Alphard, Toyota Vellfire dan Hyundai Starex untuk dibawa pulang ke kampung.

Kalau bukan musim perayaan, harga (sewaan) kereta mewah antara RM850 hingga RM950 sehari, tetapi pada musim raya harga boleh cecah hingga RM1,000 hingga RM1,300 sehari,” kata Fauzi.

Walaupun harga sewaan mencecah ribuan ringgit ketika musim perayaan, masih ramai yang sanggup menyewa kenderaan tersebut hingga lima hari.

Kadang-kadang ahli keluarga tak ramai tetapi sebab nak ‘show off’ pada orang kampung, mereka sanggup berhabis duit,” katanya.

Mohd Fauzi turut mengakui kebanyakan pengusaha kereta sewa akan menaikkan kadar sewaan pada musim perayaan, tetapi pada tahap munasabah kerana mengambil kira faktor seperti pembiayaan insurans dan kos penyelenggaraan.

Bagi menghargai pelanggan, kami akan penuhkan tangki minyak kenderaan sebelum serahkan kepada mereka dua hari sebelum Aidilfitri selain beri sumbangan duit raya,” katanya.

BACA >>> Bukan Lamborghini Sewa, Tapi Kereta Pelanggan?
BACA >>> Berang Hilang Alphard Guna Aplikasi Trevo, Daftar Pakai Spek Hitam Pun Boleh Sewa

SUMBER: SinarHarian

kereta raya Kereta Sewa Kereta Sewa Aidilfitri MPV perayaan
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

AutoFlight Perkenal Kereta Terbang Terbesar Dunia

23/02/2026
Auto Terkini

Kekerapan Tren Laluan Kelana Jaya Diselaras Susulan Isu Teknikal

23/02/2026
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

23/02/2026
Wanita maut dalam kereta di parkir sebuah stesen minyak | Foto NST
Auto Terkini

Wanita Maut dalam Kereta di Stesen Minyak Paya Terubong

23/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.