Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»Formula Satu»Kereta F1 Terbakar Ketika Aksi Demo
Formula Satu

Kereta F1 Terbakar Ketika Aksi Demo

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam24/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Red Bull RB7 | Yuki Tsunoda

PEMANDU Formula Satu (F1) dari Jepun, Yuki Tsunoda berdepan detik cemas apabila jentera Red Bull RB7 yang dipandu tiba-tiba terbakar ketika sesi demonstrasi di San Francisco, Amerika Syarikat (AS), hujung minggu lalu.

Aksi yang sepatutnya menjadi pertunjukan ‘donat’ penuh gaya di Marina Boulevard bertukar dramatik apabila bahagian belakang jentera era 2011 itu mula dijilat api.

Apapun, Tsunoda, 25, sempat keluar dari kokpit dengan selamat sejurus menyedari insiden tersebut, sebelum petugas keselamatan bertindak pantas memadam kebakaran.

Insiden itu berlaku di depan ribuan penonton yang awalnya menyangka sebahagian pertunjukan ‘show run’ Red Bull.

RB7 Juara Dunia 2011 Kembali Beraksi

Jentera F1 Red Bull RB7 terbakar ketika demo

Red Bull RB7 yang dipandu Tsunoda ialah jentera yang membawa Red Bull meraih gelaran dunia berganda musim 2011. Dalam acara sama, Tsunoda turut berkongsi pentas bersama bekas pelumba F1 dan rallycross, Scott Speed, pelumba off-road Ford, Mitch Guthrie serta bintang motocross gaya bebas (freestyle), Aaron Colton.

Sebelum api marak, Tsunoda sempat menghiburkan penonton dengan aksi pusingan tayar berasap tebal, simbolik kepada karakter agresif jentera V8 era tersebut.

Namun, kepulan asap kali ini bukan sekadar hasil ‘burnout’, sebaliknya berpunca kebakaran sebenar di belakang kereta.

Reaksi Peminat, Status Tsunoda Musim 2026

Jentera F1 Red Bull RB7 terbakar ketika demo

Di media sosial, ada peminat berseloroh mendakwa Tsunoda ‘terlalu beremosi’ selepas kehilangan kerusi perlumbaan tetapnya. Bagi musim 2026, beliau dipindahkan ke peranan pelumba uji dan simpanan Red Bull selepas tempatnya diganti Isack Hadjar pada penghujung musim 2025.

Tsunoda sebelum ini secara terbuka mengakui kecewa dengan keputusan tersebut, tetapi cuba menerima hakikat situasi baharu itu. Musim F1 2026 dijadual membuka tirai menerusi Grand Prix (GP) Australia di Albert Park, Melbourne pada 6 – 8 Mac ini.

Masih belum pasti sama ada Tsunoda akan kembali ke grid sebagai pelumba sepenuh masa dalam masa terdekat.

Demonstrasi Berisiko, Tetapi Terkawal

Jentera F1 Red Bull RB7 terbakar ketika demo

Insiden seperti itu bukan perkara luar biasa dalam acara demonstrasi kerana jentera lama sering dipaksa beroperasi di luar parameter perlumbaan sebenar.

Faktor suhu, sistem bahan api dan komponen yang sudah berusia boleh menyumbang kepada risiko teknikal. Apapun, perkara paling penting adalah keselamatan pemandu terjamin dan tiada kecederaan dilaporkan.

Bagi Red Bull dan penganjur, insiden itu mungkin menjadi pengajaran tambahan dari aspek pemeriksaan teknikal, tetapi bagi peminat, ia kekal sebagai momen dramatik yang mengingatkan dunia F1 sentiasa penuh risiko, walaupun sekadar sesi ‘demo run’.

SUMBER: Motorsports.com

Jentera F1 Red Bull RB7 terbakar ketika demo
Jentera F1 Red Bull RB7 terbakar ketika demo
Jentera F1 Red Bull RB7 terbakar ketika demo
Jentera F1 Red Bull RB7 terbakar ketika demo
Jentera F1 Red Bull RB7 terbakar ketika demo | Yuki Tsunoda
Jentera F1 Red Bull RB7 terbakar ketika demo
Jentera F1 Red Bull RB7 terbakar ketika demo
Jentera F1 Red Bull RB7 terbakar ketika demo | Yuki Tsunoda
demonstrasi formula 1 detik cemas Formula 1 kereta f1 terbakar Oracle Red Bull Racing Formula 1 Team Red Bull RB7 san francisco sukan permotoran Yuki Tsunoda
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

Pengasas Muzium Motosikal Terbesar Dunia Meninggal Dunia

24/02/2026
F1 2026 antara paling sukar diramal
Sukan Permotoran

#F12026: Lima Perkara Perlu Diperhati dalam F1 2026

24/02/2026
Formula Satu

#F12026: Verstappen Tak Mahu F1 Jadi Macam Formula E

21/02/2026
Tirai MotoGP 2026 gegar Kuala Lumpur
MotoGP

#MotoGP2026: 20,000 Peminat Gegar Ibu Kota Sempena Pelancaran Musim 2026

21/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.