• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kereta Elektrik Paling Murah Dalam Pasaran Malaysia! PROTON e.MAS 5, Harga Mula RM56,800

Kereta Elektrik Paling Murah Dalam Pasaran Malaysia! PROTON e.MAS 5, Harga Mula RM56,800

November 3, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

PROTON sekali lagi mencipta sejarah dalam perjalanan elektrifikasinya dengan pelancaran rasmi model e.MAS 5. Kereta elektrik mampu milik pertama negara ini direka khas untuk menjadikan mobiliti lestari dapat diakses oleh semua rakyat Malaysia.

Bermula dari RM56,800 selepas rebat, tawaran pilihan varian kepada rakyat Malaysia ada dua iaitu Prime dan Premium dengan lima pilihan warna; Moonstone White, Marble Cream, Quartz Rose, Graphite Silver dan Slate Grey.

Pelancaran dan sambutan luar biasa

Selepas penampilan sulungnya di Sidang Kemuncak ASEAN pada 28 Oktober yang turut disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Premier Li Qiang dari China, pelancaran rasmi Proton e.MAS 5 diadakan di Sentul Depot. Majlis diserikan oleh barisan kepimpinan tertinggi PROTON, wakil DRB-HICOM, Geely Auto Group, serta pegawai kerajaan.

Sejak tempahan dibuka pada 4 Oktober lalu, Proton e.MAS 5 telah menerima lebih 5,000 tempahan dalam tempoh tiga minggu, bukti keyakinan pengguna terhadap kenderaan elektrik mampu milik buatan tempatan.

Memperkasa generasi baharu pengguna EV

Kejayaan Proton e.MAS 7 yang kekal sebagai EV No.1 di Malaysia selama sembilan bulan berturut-turut menjadi landasan kukuh untuk kemunculan e.MAS 5. Dengan 6,655 unit jualan terkumpul dan 24% pegangan pasaran EV nasional, strategi elektrifikasi PROTON terus menunjukkan hasil memberangsangkan.

Menurut Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, pelancaran ini menandakan komitmen PROTON dalam menjadikan pemilikan EV lebih mudah diakses:

“Kami mahu membawa teknologi hijau agar dapat dinikmati semua rakyat Malaysia – bukan hanya segelintir. Proton e.MAS 5 ialah langkah penting dalam menjadikan mobiliti elektrik lebih inklusif dan mampan.”

Rekaan moden, teknologi pintar

Proton e.MAS 5 direka untuk gaya hidup bandar moden, namun tetap mengekalkan keselesaan dan praktikaliti keluarga. Dengan jarak pemanduan WLTP hingga 325km, ia sesuai untuk kegunaan harian dan perjalanan hujung minggu.

Paparan utama 14.6 inci Full HD dipadankan dengan panel instrumen 8.8 inci digital, dikuasakan oleh sistem ATLAS Auto yang menyokong arahan suara dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Ciri Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, serta aplikasi Proton e.MAS App, memberikan kawalan penuh terhadap status bateri, penyaman udara dan keselamatan kenderaan. Pengecasan pantas DC membolehkan tahap bateri meningkat dari 30% ke 80% hanya dalam 21 minit.

Rekaan elegan dan ruang luas

Ruang dalaman tampil minimalis dan elegan dengan padanan warna moden seperti Flint Grey, Marble Cream, dan Quartz Rose. Ia menawarkan 32 ruang penyimpanan, ruang hadapan (frunk) 70L dan but belakang 375L (boleh diperluas hingga 1,320L). Dengan jarak roda 2,650mm dan lantai rata, e.MAS 5 memberikan keselesaan optimum untuk semua penumpang.

Ciri keselamatan kelas teratas

Proton e.MAS 5 dilengkapi 12 sistem bantuan pemanduan (ADAS) termasuk Adaptive Cruise Control, Forward Collision Warning dan Blind Spot Detection. Struktur badan Star Armor Cage Structure serta bateri CATL LFP dengan perlindungan 3+2 memastikan keselamatan maksimum dan ketahanan jangka panjang.

Pemanduan mantap dan efisien

Dikuasakan motor belakang 85kW (150Nm), Proton e.MAS 5 mampu memecut dari 0–50 km/j dalam 3.9 saat. Pacuan roda belakang dan sistem Global Traction Control System (G-TCS) memberikan kestabilan serta kawalan optimum di pelbagai keadaan jalan.

Lima Power Packs eksklusif dengan rebat pelancaran

Sebagai penghargaan kepada pelanggan awal, PROTON memperkenalkan lima Power Packs bernilai sehingga RM8,000:

  1. Power Xchange – Tukar kenderaan lama dan terima rebat RM2,000
  2. Power Online – 5 tahun data internet tanpa had bernilai RM1,800
  3. Power Financing – Pinjaman 5 tahun kadar faedah 1.98% bernilai RM1,700
  4. Power Home – Pengecas rumah 7kW percuma bernilai RM1,500
  5. Power Trade-In – Rebat tambahan RM1,000 untuk trade-in

Harga dan waranti

Harga atas jalan (tanpa insurans):

  • Proton e.MAS 5 Prime – RM59,800 (Semenanjung) / RM62,800 (Sabah & Sarawak)
  • Proton e.MAS 5 Premium – RM72,800 (Semenanjung) / RM75,800 (Sabah & Sarawak)

Dengan rebat pelancaran RM3,000, harga promosi adalah seperti berikut, sehingga 31 Disember 2025:

  • Prime: RM56,800 / RM59,800
  • Premium: RM69,800 / RM72,800

Waranti termasuk 6 tahun tanpa had perbatuan, serta 8 tahun atau 160,000 km untuk bateri dan komponen voltan tinggi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Proton e.MAS atau ikuti media sosial rasmi:

  • Facebook: Proton e.MAS Cars
  • TikTok: @protonemasofficial
  • Instagram: @protonemasofficial
Proton e.Mas 5 1
Proton e.Mas 5 2
Proton e.Mas 5 3
Proton e.Mas 5 4
Proton e.Mas 5 5
Proton e.Mas 5 6
Proton e.Mas 5 7
Proton e.Mas 5 8
Proton e.Mas 5 9
Proton e.Mas 5 10
Proton e.Mas 5 11
Proton e.Mas 5 12
Proton e.Mas 5 13
Proton e.Mas 5 14
Proton e.Mas 5 15
Proton e.Mas 5 16
Proton e.Mas 5 17
Proton e.Mas 5 18

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: kereta elektrik, Proton, PROTON Cars, Proton e.MAS 5

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev