Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kereta Api Bukit Bendera Bawa Lebih 47 Juta Penumpang Selama 100 Tahun Berkhidmat
Auto Terkini

Kereta Api Bukit Bendera Bawa Lebih 47 Juta Penumpang Selama 100 Tahun Berkhidmat

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize20/02/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SALAH satu mercu tanda Pulau Pinang, sistem kereta api funikular di Bukit Bendera bakal meraikan sambutan ke-100 tahun perkhidmatannya tidak lama lagi.

Sejak pembukaannya pada 21 Oktober 1923, ia telah membawa lebih 47 juta pengunjung termasuk 1.48 juta pengunjung yang menggunakan perkhidmatan kereta api berkenaan pada tahun lalu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, funikular yang digunakan kini adalah generasi ketiga yang telah melakukan lebih daripada 275,000 perjalanan yang melebihi 550,000 kilometer (km) sejak seabad lalu.

Menurutnya, walaupun koc funikular telah berubah secara fizikal daripada generasi pertama kepada generasi ketiga tetapi warisan sejarah, nilai sosio-ekonomi dan kepentingannya masih kekal, sesuai dengan statusnya sebagai salah satu ikon sejarah Pulau Pinang.

Sempena meraikan sambutan ke 100 tahun, Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) telah membalut kedua-dua koc funikular generasi ketiga ini dengan pelekat logo sambutan ulang tahun ke-100 beserta tagline ‘100 Tahun Transformasi’ dan grafik.

Funikular yang dibalut membawa mesej 100 tahun yang menonjol bagi pengunjung melihat dan mengingati, sekali gus meraikannya bersama-sama sambutan bersejarah ini,” kata Chow.

Kon Yeow yang juga Pengerusi PBBPP berkata, sempena meraikan detik bermakna ini, PBBPP juga akan menganjurkan beberapa aktiviti seperti pameran, pelancaran buku, video dokumentari, peraduan media sosial, promosi oleh penyewa gerai dan serta pengeluaran barangan edisi khas.

Selain itu, katanya tiket laluan cepat funikular Bukit Bendera edisi khas juga boleh dijadikan koleksi kenangan sempena peringatan kepada sambutan ulang tahun ke-100 tahun ini.

Sistem funikular Bukit Bendera yang berusia satu abad dibina dan disiapkan seorang jurutera Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Arnold Robert Johnson pada 1923.

Funikular buatan Eropah yang unik itu dikatakan yang pertama digunakan di Asia Tenggara dan ia masih kekal sehingga ke hari ini.

Sebelum funikular itu siap dibina, cara untuk naik ke Bukit Bendera menjadi cabaran buat masyarakat di kawasan berkenaan yang mana ketika itu mereka perlu berjalan kaki mendaki, menggunakan tunggangan kuda atau doolies.

Selepas sistem funikular itu berooperasi, ia bukan sahaja memudahkan orang ramai khususnya pekerja dan penduduk setempat bergerak malah keretapi ikonik itu telah membawa jutaan pengunjung dari dalam dan luan negara ke puncak Bukit Bendera yang merupakan salah satu destinasi pelancongan di negeri ini.

Selain itu, perkhidmatan kereta api itu juga pernah membawa ramai tetamu kenamaan termasuk mendiang Ratu Elizabeth II, Maharaja dan Permaisuri Jepun serta Putera Kemboja.

BACA >>> Pulau Pinang Pernah Buka Tender Litar Lumba, Tiada Syarikat Berminat
BACA >>> JPJ Pulau Pinang Serbu 5 Bengkel Ubah Suai Motosikal Haram, Keluar 66 Saman

 

SUMBER: Bernama

 

bukit bendera funikular Kereta Api keretapi Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow Pulau Pinang
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.