Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kerajaan Perkenan Hasrat Sarawak Tubuh Penerbangan Sendiri Tangani Isu Tiket Mahal
Auto Terkini

Kerajaan Perkenan Hasrat Sarawak Tubuh Penerbangan Sendiri Tangani Isu Tiket Mahal

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize18/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BAGI menangani masalah harga tiket penerbangan Semenanjung-Borneo yang terlalu mahal, Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan permohonan Kerajaan Negeri Sarawak untuk menubuhkan syarikat penerbangan sendiri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasrat Kerajaan Sarawak mewujudkan syarikat penerbangan butik itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, Rabu ini.

Beliau berkata;

Saya menerima cadangan penubuhan syarikat penerbangan butik itu bagi membantu menangani kos penerbangan (antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak) yang terlalu tinggi. Kerajaan Sarawak mendepani banyak hal seperti kenderaan elektrik, hidrogen dan gas, serta dengan prestasi ditunjukkan, kita bersetuju dengan permohonan untuk menubuhkan syarikat penerbangan butik,” katanya.

Perdana Menteri turut memuji pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak yang menunjukkan prestasi pengurusan cemerlang dan berpandangan harus menjadi contoh kepada negeri lain.

PM yakin prestasi cemerlang Kerajaan Negeri Sarawak mampu menguruskan syarikat penerbangan butik yang dirancang.

Menguruskan syarikat penerbangan bukan mudah dan memerlukan pengalaman, tetapi melihat prestasi Kerajaan Sarawak, saya setuju kerana yakin mereka boleh melakukannya,” katanya.

Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg dalam ucapan meminta Anwar menimbang permohonan Kerajaan Negeri kerana Sarawak kini menjadi tumpuan pengunjung, termasuk dari Semenanjung Malaysia sama ada untuk tujuan pelancongan atau urusan perniagaan, tetapi masalah utama dihadapi adalah berkaitan penerbangan.

Tidak ada cara lain yang mudah untuk ke Borneo kecuali dengan menaiki kapal terbang, tetapi masalahnya tiket penerbangan terlalu mahal. Sekarang harga tiket penerbangan dari Kuching ke Kuala Lumpur hampir sama dengan harga dari Kuala Lumpur ke Hong Kong,” katanya.

Abang Johari menjelaskan, hasrat Kerajaan Negeri Sarawak menubuhkan syarikat penerbangan butik bukan untuk bersaing dengan syarikat penerbangan sedia ada, tetapi menstabilkan harga tiket.

Justeru Kerajaan Sarawak sudah bersedia melabur dalam syarikat penerbangan kecil bagi merealisasikan hasrat berkenaan.

BACA >>> Bukan Kereta Terbang, Tapi Bot Hidrofoil Candela C-8 Ini Guna Bateri Polestar!
BACA >>> AirAsia Tawar Tambang Rahmah Sempena Aidilfitri, RM199 KL-Sarawak, RM249 KL-Sabah!

SUMBER: BHarian

Abang Johari Auto Terkini Kapal Terbang kerajaan sarawak PM Anwar sarawak airline Syarikat Penerbangan
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.