Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kerajaan Perhalusi Pelaksanaan Sistem Tol MLFF, Akui Kekurangan Teknikal RFID
Auto Terkini

Kerajaan Perhalusi Pelaksanaan Sistem Tol MLFF, Akui Kekurangan Teknikal RFID

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize25/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN sedang memperhalusi kaedah pelaksanaan sistem kutipan tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) bagi memberi keselesaan kepada pengguna lebuh raya, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Selaras hasrat Kerajaan melaksanakan MLFF menjelang 2025, mod pilihan pembayaran kepada pengguna akan dipelbagaikan dan tidak terhad kepada satu skim penyedia pembayaran sahaja seperti sekarang.

Ini secara tidak langsung membantu pengguna mengatasi isu kekurangan baki ketika melalui gantri di plaza tol dan seterusnya melancarkan pergerakan pengguna lebuh raya,” katanya dalam sesi soal jawab Dewan Rakyat, hari ini.

Abdul Rahman berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) yang meminta menyatakan sebab sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) masih mengalami masalah hingga berlaku kesesakan di plaza tol dan perancangan Kerajaan mengatasi masalah tersebut.

Mengakui berlaku sedikit kekurangan terutama aspek teknikal dalam proses menambah baik dan memantapkan sistem RFID, Abdul Rahman menyatakan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) meminta pengendali lebuh raya membuat pelarasan lebih kerap di lorong tersebut supaya kecekapan dapat dipertingkat.

Menurutnya, pengendali lebuh raya juga diminta membuat hebahan kesedaran kepada pengguna supaya baki mencukupi selain menyarankan pengguna menyemak baki e-dompet masing-masing sebelum memulakan perjalanan.

Beliau berkata lagi, palang tol lorong RFID juga tidak dapat dibuka setakat ini bagi mengatasi masalah kesesakan kerana melibatkan isu perundangan dan hal lain berkaitan.

BACA >>> 12 Lorong RFID Lebuhraya PLUS Selesai Tambah, Siap Lebih Awal
BACA >>> Sistem Bayaran Tol Terbuka MLFF Mungkin Laksana Sebelum 2025

SUMBER: Bernama

Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) Auto Terkini Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad Lebuh Raya Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) RFID Tol Tanpa Palang
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 Untuk Jepun, Guna Transmisi AMT!

04/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.