Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kerajaan Kekalkan Subsidi RON95 Walaupun Harga Minyak Global Tidak Menentu
Auto Terkini

Kerajaan Kekalkan Subsidi RON95 Walaupun Harga Minyak Global Tidak Menentu

SyafieBy Syafie04/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Nozel pam minyak

KERAJAAN tidak bercadang melakukan perubahan drastik terhadap dasar semasa berkaitan harga subsidi petrol RON95 walaupun pasaran minyak global berdepan ketidaktentuan susulan konflik antarabangsa.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kerajaan melalui kementerian berkaitan sentiasa memantau indikator utama termasuk harga minyak mentah Brent bagi memastikan kestabilan pasaran domestik terus terpelihara.

Menurut beliau, konflik geopolitik lazimnya menyebabkan lonjakan mendadak harga minyak mentah, namun pasaran dan pemain industri biasanya akan menyesuaikan keadaan bagi menstabilkan semula harga.

Subsidi Bersasar Kekalkan Harga Stabil

Akmal Nasrullah menjelaskan pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar ketika ini membolehkan kerajaan mengekalkan harga bahan api pada kadar munasabah walaupun harga minyak mentah dunia mengalami turun naik.

Katanya, aspek peruntukan serta implikasi fiskal berkaitan subsidi turut diteliti secara menyeluruh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan kedudukan kewangan negara kekal stabil.

Beliau turut menegaskan komitmen Anwar Ibrahim untuk memastikan sebarang keputusan berkaitan dasar domestik dibuat secara berhati-hati dan berpandukan data.

Perubahan pasaran ketika ini tidak memberi sebarang petunjuk bahawa kerajaan akan membuat perubahan dasar secara drastik, termasuk yang melibatkan harga domestik RON95,” katanya.

Fokus Keselamatan Tenaga Negara

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan sedang melaksanakan Pelan Hala Tuju Gas Nasional bagi memastikan kesinambungan, keselamatan serta kelestarian bekalan gas negara dalam jangka panjang.

Akmal berkata faktor geopolitik global yang semakin mencabar menjelang 2026 sudah diambil kira dalam pelan tersebut, termasuk potensi gangguan rantaian bekalan serta ketidaktentuan harga tenaga.

Selain itu, kerajaan turut memberi tumpuan kepada pembangunan ekosistem teknologi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) sebagai sebahagian agenda peralihan tenaga negara.

Kerajaan juga mengekalkan sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 4.0 hingga 4.5 peratus bagi tahun ini, sambil terus memantau perkembangan ekonomi global.

SUMBER: BeritaHarian

Auto Terkini Budi Madani RON95 (BUDI95) harga ron95 Menteri Ekonomi Subsidi Bersasar
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Kenderaan Elektrik (EV)

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Auto Terkini

Nissan Versa 2026 Dilancarkan di Mexico Bersama Sentra, Almera Menyusul?

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.