Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kerajaan Jumpa Kontraktor LRT3 Minggu Depan Susulan Kelewatan Berterusan
Auto Terkini

Kerajaan Jumpa Kontraktor LRT3 Minggu Depan Susulan Kelewatan Berterusan

SyafieBy Syafie07/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

LRT3 sudah 93.3 peratus siap

KERAJAAN akan mengadakan pertemuan dengan kontraktor projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) minggu depan susulan kelewatan berterusan serta isu kelulusan keselamatan yang masih belum diselesaikan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pertemuan itu akan melibatkan Prasarana Malaysia Berhad dan kontraktor utama projek berkenaan bagi menentukan tindakan seterusnya, khususnya berkaitan isu teknikal yang menghalang pelaksanaan ujian larian tanpa gagal (Failure-Free Run, FFR).

Setakat hari ini, masih belum ada tarikh tetap untuk FFR kerana beberapa isu belum diselesaikan oleh pihak kontraktor.

Ketika ini, hanya tiga set tren LRT3 telah berjaya melengkapkan proses FFR, manakala selebihnya masih menunggu proses pembetulan diselesaikan,” katanya.

Operasi LRT3 Belum Boleh Dimulakan

Sebelum ini, Prasarana mengesahkan LRT3 Laluan Shah Alam tidak dapat memulakan operasi pada Disember lalu berikutan keperluan menyelesaikan isu kestabilan sistem dan perisian yang masih dikesan dalam fasa pengujian dan pentauliahan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Amir Hamdan, dilaporkan menjelaskan bahawa pembukaan laluan hanya akan diumumkan selepas semua komponen teknikal disahkan berfungsi secara stabil mengikut piawaian Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

22 Tren Perlu Lalui FFR dan Operasi Percubaan

Anthony berkata, kesemua 22 set tren LRT3 perlu melalui proses FFR sebelum diikuti operasi percubaan, sebagai prasyarat utama sebelum kelulusan operasi boleh diberikan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT).

Keselamatan mesti diutamakan. Tanpa melengkapkan semua peringkat ujian yang diwajibkan, kita tidak boleh mempertimbangkan sebarang kelulusan operasi walaupun projek ini telah mengalami kelewatan.

Pihak kontraktor akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk memastikan semua keperluan teknikal dan keselamatan dipatuhi sebelum perkhidmatan dibenarkan beroperasi,” katanya.

Prestasi LRT Sedia Ada Berbeza Ikut Tahap Naik Taraf

Dalam perkembangan berkaitan, Anthony menjelaskan perbezaan kebolehpercayaan perkhidmatan LRT sedia ada berpunca daripada tahap naik taraf sistem yang berbeza antara laluan.

Menurut beliau, Laluan Ampang telah menerima naik taraf sistem lebih awal, manakala Laluan Kajang masih dalam proses penambahbaikan sistem isyarat, dengan fasa kedua dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Kementerian Pengangkutan (MOT) Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Transit Aliran Ringan 3 (LRT3)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Lebuhraya WCE
Auto Terkini

160,000 Kenderaan Dijangka Penuhi WCE Hujung Minggu Ini

21/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

21/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Beri Diskaun 30 Peratus Tambang ETS Balik Kampung Sambut Ramadan

22/02/2026
Tirai MotoGP 2026 gegar Kuala Lumpur
MotoGP

#MotoGP2026: 20,000 Peminat Gegar Ibu Kota Sempena Pelancaran Musim 2026

21/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.