• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

Kenderaan Komersial Mercedes-Benz Catat Jualan 2,469 unit Sepanjang 2017

February 2, 2018 By AI Leave a Comment


SELAIN segmen kenderaan penumpang, bahagian komersial, Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles (MBM CV) turut mencatatkan prestasi kukuh tahun lalu dengan rekod jualan trak tugasan ringan dan berat Fuso serta van/trak Mercedes-Benz sebanyak 2,469 unit.

Mercedes-Benz Actros mencatatkan rekod jualan 268 unit, yang mana 2644LS 6x2 (L-Cab) menjadi varian paling popular dengan sumbangan jualan 31 peratus. Trak Fuso pula merekodkan jualan 2,170 unit.

Pencapaian itu turut disumbangkan kontrak flit dengan operator kecil dan sederhana sepanjang tahun dengan rekod baru pencapaian pasaran, 13.06 peratus bagi kenderaan komersial Mercedes-Benz, melibatkan penghantaran 74 unit Fuso ke Waste Management Sdn Bhd dan 133 unit Mercedes-Benz Actros ke Swift Haulage Sdn Bhd.

BACA >>> Mercedes-Benz Malaysia Catat Jualan Tertinggi Sejak Penubuhan - 12,045 Unit Terjual

TAMBAH BAIK SERVIS

Kejayaan jualan turut disumbangkan usaha berterusan dalam menambah baik servis selepas jualan menerusi kempen pakej pilihan luas penyenggaraan, perbatuan dan baik pulih (overhaul, enjin dan transmisi), Kontrak Penyelenggaraan Trak dan Kontrak Servis Skop Penuh. Tidak ketinggalan MBM CV turut menganjurkan klinik servis eksklusif kenderaan Fuso bersama pakar dari Jepun.

Tahun lalu, MBM CV merekodkan peningkatan total jualan 7.47 peratus berbanding 2016, dengan bilangan 26,820 unit kenderaan disenggara merangkumi 4,820 kenderaan komersil dan 22,000 trak Fuso.

Seiring strategi berpusat pelanggan MBM CV menaik taraf tiga pusat servis Kenderaan Komersial Hap Seng di Kuching, Klang dan Ipoh. Setakat ini MBM CV memiliki 62 rangkaian pusat servis kenderaan komersial Mercedes-Benz dan Fuso.

Filed Under: Auto Terkini, Mercedes Benz Tagged With: auto terkini, FUSO, Laporan Kewangan 2017, MBM, MBM CV, Mercedes-Benz Actros, Mercedes-Benz Commercial Vehicle, Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles (MBM CV)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)
  • Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?
  • Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!
  • Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?
  • Bagaimanakah Transmisi Variabel Berterusan (CVT) Bekerja?Bagaimanakah Transmisi Variabel Berterusan (CVT) Bekerja?

PANDU UJI

Proton 1 Tank Adventure [SIRI 2]: Taktikal Lebih Ekstrem, Jimat Macam Kereta Hibrid!

ARTIKEL Siri 1 dulu, kami berkongsi kepada anda, tidak kira model atau … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Grand Carnival 2.2L Turbo Diesel, MPV Paling Sedap di Malaysia?

 PERCAYA atau tidak, Kia Grand Cranival 2.2L Turbo Diesel ini … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my