Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
Autotainment

Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!

Han OthmanBy Han Othman10/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUN 2025 menyaksikan kemunculan kenderaan utiliti sukan (SUV) hibrid plug-in (PHEV) yang benar-benar mencuri tumpuan pembeli Malaysia, JAECOO J7 PHEV Super Hybrid System.

Pada harga RM158,800, ini bukan SUV biasa. Dengan rekabentuk premium ala Range Rover, teknologi hibrid canggih, dan waranti luar biasa, JAECOO J7 PHEV menawarkan pakej lengkap yang sukar ditandingi dalam segmen SUV segmen-C.

Persoalannya, kenapa ramai orang Malaysia ‘gila’ dengan JAECOO J7 PHEV? Selepas bertanya kepada pemilik model itu, ini 8 sebab kenapa mereka ‘gilakan’ SUV tersebut.

1. Rekabentuk Premium Ala Range Rover

JAECOO J7 PHEV menampilkan rekabentuk memukau yang menggabungkan elemen mewah dan moden dengan rim Aero19 inci, cermin sisi aerodinamik, dan warna eksklusif seperti Olive Grey memberikan sentuhan elegan. Penutup Tonneau Pawagam boleh dijadikan skrin projektor yang menambah keunikan tersendiri.

2. Harga Sangat Kompetitif dalam Segmen

Pada harga RM158,800, JAECOO J7 PHEV nyata menawarkan nilai luar biasa jika dibandingkan pesaing dalam segmen SUV hibrid. Ini memberikan lebih banyak ciri premium pada harga lebih berpatutan.

3. Jimat Minyak, Super Hybrid System (SHS)

Sistem hibrid JAECOO J7 PHEV menggabungkan enjin 1.5L TGDi dengan motor elektrik, menghasilkan kuasa gabungan 347ps dan tork 525Nm. Penggunaan bahan api pula serendah 4.77 liter per 100km (mengikut ujian NEDC) dengan jarak pemanduan hingga 1,300km.

Ya, anda tak salah dengar, satu tangki penuh dan sekali cas penuh boleh jalan sehingga 1,300km, sekali gus menjadikan model ini pilihan ideal buat mereka yang inginkan perjalanan jauh.

4. Dalaman Praktikal, Teknologi Canggih

Kabin JAECOO J7 PHEV dilengkapi unit infotainment skrin sentuh 14.8 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas tanpa wayar, dan sistem audio Sony dengan lapan pembesar suara.

Dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2.5, termasuk ciri keselamatan asas seperti lapan beg udara, dan pemantau pemandu bagi memastikan keselamatan maksimum.

5. Waranti Panjang

JAECOO menawarkan waranti kenderaan tujuh tahun atau 150,000km, dan waranti bateri berserta enjin 10 tahun atau 1,000,000km, tertakluk terma dan syarat.

Jika menambah RM3,000, anda berpeluang melanjutkan tempoh servis dan penyelenggaran selama lima tahun lagi.

Memang lain macam waranti JAECOO bagi ni. Tak kedekut punya

6. Ciri Tambahan Menarik

  • Pengecasan Pantas: DC 40kW (30-80 peratus dalam masa 20 minit), pengecasan standard AC 6.6kW (cas penuh kurang empat jam).
  • Vehicle-to-Load (V2L): Membolehkan penggunaan peralatan elektrik luar menggunakan kuasa bateri kenderaan.
  • Rekabentuk Dalaman: Konsol tengah minimalis dengan pedal syif pada stereng. Ini memberikan ekstra ruang.
  • Prestasi Hebat: Dengan pecutan 0-100kmj sepantas 8.5 saat dan kelajuan maksimum 180kmj, JAECOO J7 PHEV bukan saja jimat, tetapi juga bertenaga.
  • Sistem suspensi MacPherson di depan dan multilink di belakang memastikan pemanduan yang selesa dan stabil.

8. Warna Eksklusif

Tersedia dalam tiga pilihan warna: Khaki White (edisi terhad 100 unit), Carbon Crystal Black, dan Moonlight Silver. Warna Olive Grey akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Kesimpulan

JAECOO J7 PHEV adalah gabungan sempurna antara rekabentuk mewah, teknologi canggih, dan kecekapan bahan api.

Dengan harga kompetitif dan waranti panjang, model ini menjadi pilihan bijak buat mereka yang mencari SUV hibrid premium.

Tempah Sekarang!

Kunjungi laman rasmi OMODA dan JAECOO Malaysia di laman web www.omodajaecoo.com.my atau ikuti media sosial untuk maklumat lanjut dan tempahan.

Hibrid Plug-In (PHEV) JAECOO J7 PHEV Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV SUV PHEV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

19/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: Zeekr 009 Grand โ€“ MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

18/06/2026
Auto Terkini

Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

17/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.