• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

July 2, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

PROTON X50 2025 kini tampil sebagai model paling canggih dalam segmen SUV kompak, sekaligus meneruskan legasi sebagai SUV segmen-B nombor satu di Malaysia.

Sejak mula diperkenalkan pada 2020, Proton X50 sudah mencatat kejayaan luar biasa, bukan sahaja di pasaran tempatan tetapi turut menembusi 51 pasaran global seperti Eropah Timur, Asia Pasifik, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin.

Secara keseluruhan, lebih 1.2 juta unit Proton X50 sudah dijual di seluruh dunia. Penjualannya pula melonjak saban tahun, bermula dengan 3,777 unit pada 2020, meningkat ke 32,000 unit (2021), 71,000 unit (2022), 103,000 unit (2023), dan 125,000 unit (2024).

Menariknya, dalam suku pertama 2025 sahaja, sudah 130,000 unit X50 baharu berjaya dijual, menjadikan ia model paling konsisten dalam rekod jualan Proton sejak kebelakangan ini.

Proton X50 2025 kini disasarkan untuk dua kumpulan pengguna yang terdiri daripada keluarga kecil berusia 30 hingga 40 tahun yang memiliki anak kecil dan golongan profesional muda berusia 16 hingga 30 tahun, sama ada bujang mahupun sudah berkahwin.

SUV ini bukan sahaja menawarkan gaya dan teknologi tetapi turut memberikan kombinasi terbaik darisegi prestasi, keselamatan dan keselesaan.

Malah, semuanya dirangkumkan dalam konsep "SPORT" yang terdiri daripada;

S: Stylish Design

Bahagian luaran X50 kini diperbaharui secara menyeluruh dengan gril depan baharu, lampu utama LED penuh, bampar depan dan belakang baharu, spoiler belakang sporty, serta lampu bar belakang LED penuh. Rim aloi baharu bersaiz 18 inci juga memberi tampilan lebih agresif dan premium.

Masuk ke ruang kabin, pengguna disambut dengan lampu suasana 72 warna, paparan infotainmen 14.6 inci, kluster meter digital 8.88 inci, konsol tengah serba baharu lengkap pengecas wayarless, serta gear shifter automatik kolum yang diinspirasikan daripada kereta mewah.

Warna baharu yang eksklusif, Teal Bayou Green (hijau) turut ditawarkan bagi menyerlahkan lagi keunikan model ini.

P: Powerful Performance

Model baharu ini kini dipacu enjin i-GT 1.5 liter Turbocharged Direct Injection dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan, menghasilkan kuasa maksimum 133kW (181PS) dan tork 290Nm antara 2,000 hingga 5,000 rpm.

Pecutan 0-100kmj dicapai dalam 7.6 saat dengan 0.3 saat lebih pantas berbanding model sebelumnya. Penggunaan bahan api juga dipertingkat dengan penjimatan sekitar 4.7 peratus, menjadikan ia antara SUV paling cekap dalam kelasnya.

Mod pemanduan turut ditambah baik, kini dengan empat pilihan mod seperti Normal, Sport, Eco dan Adaptive Mode.

O: Outstanding Safety

Proton X50 2025 dikuatkan dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2 yang kini dinaik taraf dengan kamera monokular 170 meter di depan, radar gelombang milimeter 80 meter di belakang, serta sistem radar sisi baharu (Rear Side Radar System).

Ciri keselamatan lain termasuk kamera HD 360 darjah dengan pandangan lutsinar 180 darjah, sistem bantuan parkir automatik (Auto Park Assist) untuk parkir selari dan melintang, dan enam beg udara SRS.

Model ini turut menerima penarafan keselamatan 5 Bintang ASEAN NCAP.

R: Revolutionary Intelligence

X50 kini menjadi pelopor dalam industri automotif Malaysia dengan pengiktirafan suara dalam Bahasa Melayu menerusi sistem Hi Proton, membolehkan arahan seperti "buka tingkap", "hidupkan penghawa dingin", "mainkan muzik", atau "arah ke KLCC" dilaksanakan dengan mudah.

Infotainmen utama bersaiz 14.6 inci (paling besar dalam segmennya), resolusi penuh HD 1920x1080 dengan paparan skrin lebar nisbah 16:9, dijana pemproses empat teras dengan sistem operasi Android 10.

Ciri yang dinanti-nanti seperti sokongan Apple Carplay dan Android Auto disediakan secara wayarless dan berwayar. Aplikasi mudah alik Proton Link 2.0 turut memudahkan pemantauan kenderaan, lokasi, penjadualan servis dan pelbagai fungsi pintar secara jarak jauh.

T: Total Comfort

Ruang dalaman Proton X50 2025 direka semula untuk memberikan keselesaan tahap tinggi. Ia hadir dengan gear kolum automatik rekaan mewah, visor lutsinar separa, pengecas wayarless yang lebih ergonomik, ruang simpanan bawah konsol bersaiz 10 liter, dan empat port USB bagi kemudahan penumpang depan dan belakang.

Semua ini menjadikan pengalaman pemanduan lebih selesa, praktikal dan berteknologi tinggi.

Dengan penambahbaikan menyeluruh dari aspek rekabentuk, prestasi, keselamatan dan teknologi, Proton X50 2025 bukan sekadar SUV kompak biasa tetapi satu simbol transformasi pintar dalam industri automotif nasional.

Ia bersedia untuk menawan hati pengguna yang mahukan kenderaan begaya, selamat, dan serba canggih.

proton-x50-2025-flagship-1
proton-x50-2025-flagship-2
proton-x50-2025-flagship-3
proton-x50-2025-flagship-4
proton-x50-2025-flagship-5
proton-x50-2025-flagship-6
proton-x50-2025-flagship-7
proton-x50-2025-flagship-8
proton-x50-2025-flagship-9
proton-x50-2025-flagship-10
proton-x50-2025-flagship-11
proton-x50-2025-flagship-12
proton-x50-2025-flagship-13
proton-x50-2025-flagship-14
proton-x50-2025-flagship-15
proton-x50-2025-flagship-16
proton-x50-2025-flagship-17
proton-x50-2025-flagship-18
proton-x50-2025-flagship-19
proton-x50-2025-flagship-20
proton-x50-2025-flagship-21
proton-x50-2025-flagship-22
proton-x50-2025-flagship-23
proton-x50-2025-flagship-24
proton-x50-2025-flagship-25
proton-x50-2025-flagship-26
proton-x50-2025-flagship-27
proton-x50-2025-flagship-28
proton-x50-2025-flagship-29
proton-x50-2025-flagship-30
proton-x50-2025-flagship-31
proton-x50-2025-flagship-32
proton-x50-2025-flagship-33
proton-x50-2025-flagship-34
proton-x50-2025-flagship-35
proton-x50-2025-flagship-36
proton-x50-2025-flagship-37
proton-x50-2025-flagship-38
proton-x50-2025-flagship-39
proton-x50-2025-flagship-40
proton-x50-2025-flagship-41
proton-x50-2025-flagship-42
proton-x50-2025-flagship-43
proton-x50-2025-flagship-44
proton-x50-2025-flagship-45
proton-x50-2025-flagship-46
proton-x50-2025-flagship-47
proton-x50-2025-flagship-48
proton-x50-2025-flagship-49
proton-x50-2025-flagship-50
proton-x50-2025-flagship-51
proton-x50-2025-flagship-52
proton-x50-2025-flagship-53
proton-x50-2025-flagship-54
proton-x50-2025-flagship-55
proton-x50-2025-flagship-56
proton-x50-2025-flagship-57
proton-x50-2025-flagship-58
proton-x50-2025-flagship-59
proton-x50-2025-flagship-60
proton-x50-2025-flagship-61
proton-x50-2025-flagship-62
proton-x50-2025-flagship-63
proton-x50-2025-flagship-64
proton-x50-2025-flagship-65
proton-x50-2025-flagship-66
proton-x50-2025-flagship-67
proton-x50-2025-flagship-68
proton-x50-2025-flagship-69

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Proton, Proton X50 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev