Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»Kenapa Kami Pilih Perodua Aruz? Inilah Jawapan Ayah dan Ibu
Sembang Deras

Kenapa Kami Pilih Perodua Aruz? Inilah Jawapan Ayah dan Ibu

DeeBy Dee12/11/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA bercerita hal kenderaan, keperluan dan kehendak kita memang berbeza. Dan apabila mengaitkan kenderaan dan keluarga pula, semestinya kita mengambil berat tentang sebuah kenderaan yang selesa, dan praktikal dengan harga mampu milik.

Kali ini, kami berpeluang berbual dengan Sharizal dan isterinya, Norliza yang memilih Perodua Aruz sebagai kenderaan keluarga.

KENAPA PERODUA ARUZ?

Saya dan isteri berkongsi hobi yang sama. Kami suka berjalan, dan boleh dikatakan setiap hujung minggu, kami akan pilih satu destinasi untuk beriadah bersama keluarga dan anak-anak. Untuk itu, kami pilih Perodua Aruz kerana ia dapat memenuhi keperluan keluarga kami dan paling penting, harganya mampu milik,” kata Sharizal.

Jom saksikan video penuh tentang kenapa Sharizal dan Norliza memilih Aruz selain perkongsian mengenai pengalaman memiliki SUV ini yang melengkapi kehidupan harian mereka sebagai sebuah keluarga.

BACA >>> Lepas Pandu Uji, Inilah Pandangan Kami Mengenai Perodua Aruz (2019)

1. RUANG LUAS

Antara sebab utama kenapa kami pilih Aruz adalah kerana anak sulung kami. Syifa ialah anak istimewa yang mengalami cerebral palsy yang mana beliau tidak boleh berjalan. Jadi kami memerlukan kenderaan dengan ruang belakang luas supaya dapat bawa kerusi roda untuk Syifa dan juga barangan lain. Boleh dikatakan, kenderaan dengan ruang dan keselesaan menjadi kriteria utama yang kami perlukan.”

2. CIRI KESELAMATAN CANGGIH

Selain ruang luas, ciri keselamatan juga harus diambil kira. Paling menarik, Aruz didatangkan dengan ciri keselamatan A.S.A 2.0 (Advanced Safety Assist) yang mana saya rasa lebih yakin untuk memandu dengan keluarga.  Ia juga hadir dengan ciri Eco Idle dan Start/Stop automatik yang membuatkan pengalaman memandu rasa lebih selesa dan menyeronokkan.”

3. PRAKTIKAL

Sebagai SUV 7-kerusi, kami rasa Aruz antara pilihan menarik dari segi rupa eksterior. Bukan setakat memenuhi keperluan keluarga, kami gunakan kenderaan ini utnuk menjalani rutin harian seperti pergi kerja, hantar anak ke rumah pengasuh, ke pasar dan sebagainya. Anak saya pun seronok naik Aruz, tanpa perlu dipaksa, kini setiap hari anak saya seronok ke sekolah hanya sebab dia seronok naik Aruz.”

4. JIMAT MINYAK

enjin Perodua Aruz

Tidak dapat dinafikan, Perodua Aruz memang jimat dari segi penggunaan bahan api. Sesuai sangat buat kami yang memang suka memandu jauh. Boleh dikatakan, saya sangat berpuas hati dengan penjimatan yang ditawarkan. Tambahan pula, kami sekeluarga selalu pulang ke kampung di Pulau Pinang, jadi memang kami tidak perlu berbelanja banyak untuk isi minyak.”

5. HARGA MAMPU MILIK 

Perodua Aruz

Perodua Aruz sedikit sebanyak melengkapi kehidupan kami sebagai keluarga. Apabila anak-anak seronok, tentu sebagai ayah dan ibu turut rasa bahagia kerana dapat berikan yang terbaik buat mereka. Kepada ibu bapa di luar sana, jika mencari kenderaan keluarga yang berbaloi dengan harga mampu milik, kami cadangkan cuba dulu Aruz.

“Akhir kata, buat ibu bapa yang ada anak istimewa, jangan berputus asa atau stres. Kita jalani kehidupan ini sama seperti orang lain, dan jangan takut untuk bawa keluar dan dedahkan mereka kepada dunia luar.”

BACA >>> #PanduUji: Perodua Aruz atau Honda BR-V? Ini Jawapan Kami!!!

Aruz Aruz 2019 harga perodua aruz kereta keluarga kereta keluarga mampu milik Pandu Uji Perodua Aruz Perodua perodua aruz perodua aruz 2019 test drive review Perodua Aruz SUV SUV 7 tempat duduk testimoni Aruz
Dee

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026

1 Comment

  1. Aruz Fan Club on 13/11/2019 08:18

    Perodua patut sponsor child seat… baru nampak selesa kanak kanak pakai belt.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.