Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Asal Usul ‘Double Line’, Malaysia Bukan Negara Pertama Buat Garisan Kembar!
Autotainment

#TahukahAnda: Asal Usul ‘Double Line’, Malaysia Bukan Negara Pertama Buat Garisan Kembar!

Han OthmanBy Han Othman10/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Fakta garis kembar (double line)
JIKA ternampak dua garisan putih tengah jalan, satu putus, satu penuh, atau dua-dua penuh, itu bukan sekadar hiasan. Itulah garisan kembar (double line) yang menandakan larangan memotong atau amaran bahaya, bergantung kombinasi garisan.

Namun, pernahkah kita bertanya, dari mana datang sistem double line itu? Negara mana yang mula gunakan dulu? Dan kenapa penting sangat sampai langgar boleh kena saman?

Asal Usul Garisan Jalan Raya

Suasana jalan raya di Britain pada awal abad ke-19
Suasana jalan raya di London pada awal abad ke-19.

Penggunaan garisan jalan raya bermula sekitar awal abad ke-19 di negara seperti Amerika Syarikat (AS) dan Britain. Ketika itu, jumlah kereta semakin banyak dan keperluan mengawal trafik menjadi sangat kritikal.

Pada mulanya, hanya satu garisan tengah digunakan. Kemudian, apabila kemalangan banyak berlaku di kawasan selekoh dan bukit, barulah diperkenalkan sistem garisan berganda atau garisan kembar sebagai larangan memotong.

Dari situ, muncullah pelbagai sistem markah jalan seperti garisan tunggal, garisan putus-putus, dan double line untuk pisahkan arah trafik dan kawal pemandu supaya tak berlanggar sesama sendiri.

Antara negara terawal yang menggunakan garisan jalan ialah:

  • Amerika Syarikat (sekitar 1920-an)
  • Britain (sekitar 1930–50-an)

Garisan Kembar (Double Line): Apa Maksudnya?

i. Double Line Putih Berterusan

Garis kembar putih berterusan

Dilarang memotong dari mana-mana arah pun! Ini zon larangan keras yang biasanya dicat di kawasan berisiko tinggi kemalangan seperti di jalan pedalaman, kampung dan bukit.

ii. Satu Garisan Berterusan, Satu Putus-Putus

Garisan kembar dengan garis berterusan dan putus-putus

Kenderaan di sebelah garisan putus-putus BOLEH potong (jika selamat), sebaliknya sebelah garisan berterusan TIDAK BOLEH.

iii. Double Line Putus-Putus

Garisan putus-putus kembar
Garisan putus-putus kembar

Jarang ada, tetapi jika anda melihat garisan jalan tersebut, maksudnya itu zon neutral yang biasanya digunakan di simpang atau persimpangan.

Fungsi garisan jalan itu selaras dengan standard antarabangsa seperti:

  • Persatuan Jalan Raya Sedunia (PIARC)
  • Persatuan Pegawai Lebuhraya dan Pengangkutan Negeri Amerika Syarikat (AASHTO)

Di Malaysia pula, sistem garisan jalan diterapkan melalui Garis Panduan Peraturan Lalu Lintas yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), serta diperincikan dalam Manual on Traffic Control Devices (MTC) dan akta bawah Peraturan Lalulintas Jalan 1959.

Malaysia: Ikut Piawaian Antarabangsa

Malaysia mengguna pakai sistem double line berdasarkan amalan global yang digunakan di:

  • Kawasan selekoh tajam
  • Jalan berbukit (naik dan turun)
  • Zon sekolah atau kawasan berisiko tinggi

Salah Langgar Double Line!

Video tular JPJ memotong di garisan kembar

Menurut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, melanggar arahan papan tanda atau markah jalan (termasuk double line) boleh dikenakan denda hingga RM500 atau penalti lebih berat jika membahayakan pengguna lain.

Dan ya, kenderaan JPJ, ambulans dan polis juga tidak boleh sesuka hati melanggar peraturan garisan jalan sedia ada kecuali dalam situasi kecemasan dengan siren dan lampu diaktifkan.

Double Line Putih vs Double Line Kuning

Garisan kembar kuning di tepi jalan
Garisan kembar kuning di Amerika Syarikat (AS)

Ramai juga keliru mengenai double line putih dan kuning kerana fungsi kedua-dua nampak seperti sama saja. Namun sebenarnya ada perbezaan dari segi konteks penggunaan dan maksud spesifik dalam peraturan jalan raya Malaysia.

Persamaan

Garisan kembar kuning

Jika kedua-dua double line putih atau kuning berterusan (double solid line), memang dilarang memotong. Itu prinsip asas yang sepatutnya ramai tahu.

Namun perbezaannya pula adalah seperti di bawah:

Jenis Garisan Kegunaan Utama Maksud
Double Line Putih Pisahkan trafik dua hala di jalan biasa (jalan persekutuan, negeri, kampung) Dilarang memotong, terutama di selekoh/bukit
Double Line Kuning Biasanya di kawasan khas seperti: Dilarang parkir, bukan memotong lalu lintas
Zon larangan parkir Biasanya di bahu jalan, bukan tengah jalan
Laluan bas / teksi khas Kadang-kadang untuk kawalan lorong khas
Garisan kembar kuning
Garisan kembar kuning

Namun, di luar negara seperti AS, Kanada dan beberapa negara Eropah, garisan kembar kuning digunakan pada jalan dua hala (two-way roads) yang bertujuan memisahkan aliran trafik bertentangan.

Kedua-dua double line kuning itu juga bermaksud dilarang memotong dari kedua-dua arah.

Di Malaysia, garisan putih digunakan pada semua tanda jalan tengah, termasuk double line dan single line, sama ada putus-putus atau berterusan.

Double line putih berterusan bermaksud dilarang memotong, dari kedua-dua arah (rujuk kes tular kenderaan JPJ memotong double line). Garisan kuning di Malaysia lebih kepada tanda jalan statik kekal, seperti di bahu jalan atau sempadan jalan lama.

Auto Terkini double line maksud garis kembar Malaysia garis solid putih kuning JPJ saman double line larangan potong jalan sejarah garis jalan standard jalan raya Malaysia
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

By Shazwan Hisam27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.