• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kena Hadang Bezza di Lampu Isyarat, Netizen Syak Mahu Samun

Kena Hadang Bezza di Lampu Isyarat, Netizen Syak Mahu Samun

September 22, 2022 By Farah Leave a Comment

125
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEKELUARGA terkejut apabila kenderaan dinaiki tiba-tiba dihalang sebuah Perodua Bezza dari arah pertentangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Suakasih, Cheras, Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Insiden dirakam kamera pemuka (dashcam) milik kereta dinaiki keluarga tersebut yang kini tular di media sosial.

Dalam klip video sekitar jam 5 pagi itu, kereta Bezza tersebut dilihat datang dari arah bertentangan dan tiba-tiba menghalang kereta pemilik dashcam yang berhenti di lampu isyarat. Pemandu Bezza itu kemudian keluar dan cuba menghampiri ke kereta mereka.

Merasakan sesuatu tidak kena, pemilik dashcam segera mengundurkan kenderaannya dan memecut melarikan diri. Namun suspek terus mengejar, tetapi gagal dikejar dan tertinggal di belakang.

Sementara itu, netizen tidak menolak andaian suspek lelaki yang keluar dari Bezza itu kemungkinan mahu menyamun.

Nak menyamun ni, tak tahu ada parang atau pistol, selagi boleh lari lari... lari dulu 👍🏻," kata Abdul Jamil.

"Langgar je.. Sah nak menyamun tu," kata Mirul Bikers Selangor.

Difahamkan, mangsa sedang dalam perjalanan ke hospital untuk mendapatkan rawatan anak saudaranya. Berdasarkan maklumat diterima, polis sudah mengenal pasti pemandu Bezza itu, dan sedang cuba mengesan suspek.

BACA>>> Vios Didakwa Buat Pusingan U Haram, Punca Kemalangan Tiga Kenderaan Lain
BACA>>>
Video: Pemandu Lori Sempat Lompat Keluar Sebelum Lori Langgar Konkrit

Artikel Berkaitan

125
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bezza, Dashcam, kes samun, Lampu Isyarat, penyamun

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my