• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kemenangan Dramatik Azlan Shah Di Litar Buriram

Kemenangan Dramatik Azlan Shah Di Litar Buriram

April 17, 2017 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

Azlan Shah KamaruzamanPELUMBA Manual Tech KYT Kawasaki Racing, Azlan Shah Kamaruzaman meraih kemenangan berganda pada pusingan kedua kategori SuperSport 660cc, Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berakhir di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand.

Perlumbaan dramatik itu tercetus apabila kemenangan Anthony West dibatalkan atas kesalahan mengingkari prosedur teknikal. Ia sekaligus menyaksikan Azlan yang menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dengan masa 30'00.702s dihadiahkan gelaran juara dan terus mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 83 mata.

Sepanjang perlumbaan, Azlan bersaing sengit bersama pelumba Yamaha Thailand Racing, Decha Kraisart dari awal perlumbaan sebelum West (Akeno Speed WJR Racing) mula meningkatkan kelajuan pada pertengahan perlumbaan dan berjaya memintas Decha dan Azlan ketika berbaki enam pusingan..

Azlan Shah Kamaruzaman
Azlan Shah Kamaruzaman

Decha yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga dengan masa 30'01.825s muncul naib juara perlumbaan manakala seorang lagi pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi (Musashi Boon Siew Honda Racing) muncul pemenang tempat ketiga dengan masa keseluruhan 30'03.201s.

Keputusan di tempat ketiga meletakkan Md Zaqhwan berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 54 mata, satu mata ketinggalan kepada Taiga Hada (Rama Honda by NTS T.Pro Ten 10) yang berada di kedudukan kedua dengan 55 mata.

ASIA PRODUCTION 250CC
1. Takehiro Yamamoto (JPN) Honda 19'07.538s
2. Rheza Danica Ahrens (INA) Honda 19'09.519s
3. Anupab Sarmoon (THA) Yamaha 19'10.337s
4. Awhin Sanjaya (INA) Honda 19'19.889s
5. Yusuke Nakamura (JPN) Yamaha 19'19.917s

KEDUDUKAN KESELURUHAN
1. Gerry Salim (INA) Honda 75 mata
2. Takehiro Yamamoto (JPN) Honda 74 mata
3. Anupab Sarmoon (THA) Yamaha 72 mata
4. Rheza Danica Ahrens (INA) Honda 60 mata
5. Awhin Sanjaya (INA) Honda 43 mata

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: ARRC, Azlan Shah kamaruzaman, Kejuaraan Motosikal Asia FIM, Manual Tech KYT Kawasaki Racing, Md Zaqhwan Zaidi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
    Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • #TahukahAnda: Kenapa Basikal Perempuan Ada Palang Senget?
    #TahukahAnda: Kenapa Basikal Perempuan Ada Palang Senget?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my