Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kembar Suzuki Ertiga, Toyota Rumion (2023) Lancar di India, Harga Mula RM58k
Roda4

Kembar Suzuki Ertiga, Toyota Rumion (2023) Lancar di India, Harga Mula RM58k

Han OthmanBy Han Othman12/09/20231 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA India bulan lalu buat kali pertama memperkenalkan kembar kepada Suzuki Ertiga di India, dinamakan Toyota Rumion (2023).

Sebelum itu, Toyota Rumion (2023) hanya dijual di Afrika Selatan, tetapi sekarang baru hendak memasuki pasaran India, yang juga negara asal yang mengeluarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) itu.

Sama seperti Suzuki Ertiga, Toyota Rumion (2023) juga dihasilkan Suzuki di India yang tampil dengan beberapa rekabentuk berbeza. terutama bahagian bampar, lampu kabus, gril mirip Innova dan rekaan rim.

Ruang kabin menggunakan tona hitam dengan kombinasi aksen kayu pada papan pemuka, manakala uphoslter dan lain berwarna kuning cair (beige) seperti Ertiga.

Berikut spesifikasi Toyota Rumion (2023) di India:

  • MPV 7-kerusi ini dijana enjin 1,462cc, sama seperti Ertiga dengan output kuasa 103hp dan tork 137Nm dalam dua pilihan transmisi, manual 5-kelajuan dan automatik 6-kelajuan.
  • Ada enam varian pilihan pada harga seperti berikut:
    • S MT NEO DRIVE – 1,029,000 rupee (RM58,020)
    • S MT CNG – 1,124,000 rupee (RM63,370)
    • G MT NEO DRIVE – 1,145,000 rupee (RM64,560)
    • S AT NEO DRIVE – 1,189,000 rupee (RM67,040)
    • V MT NEO DRIVE – 1,218,000 rupee (RM68,670)
    • VAT NEO DRIVE – 1,368,000 rupee (RM77,120)
  • Ada lima warna pilihan: Spunky Blue (biru), Rustic Brown (coklat), Iconic Grey (kelabu), Cafe White (putih) dan Enticing Silver (perak).
  • Ada kit CNG kepada pembeli yang mahukan ekstra penjimatan dengan ouput kuasa dikurangkan kepada 88hp dan tork 121.5Nm. Bagaimanapun, penjimatan dicapai adalah 20.5km per liter.
  • Brek cakera di depan dan brek dram di belakang.
  • Sistem suspensi strut MacPherson dan spring koil di depan, dan torsion beam dan spring koil (belakang).
  • Kluster intrumen TFT berwarna dengan paparan multi-info (MID).
  • Unit infotainment skrin sentuh 7 inci dengan sistem bunyi Arkamys, konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto (ikut varian), konektiviti Bluetooth, 4 pembesar suara (tambahan twiter untuk varian G MT dan V MT ) kawalan audio pada stereng.
  • Ada ciri keselamatan seperti 4 beg udara SRS, Bantuan Pegun Bukit (HHA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), platform HEARTAC,Program Stabiliti Elektronik (ESP), pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX, dan tali keledar prategang dengan pengehad daya.

     

  • Ini model keempat dalam senarai MPV Toyota di India selepas Crysta, Innovam Hycross, dan Vellfire. Ini juga model termurah dam terkecil antara keempat-empat MPV berkenaan.
  • Tempahan Toyota Rumion kini sudah dibuka di India, tetapi harga rasmi belum didedahkan. Namun, ramai menjangka MPV itu akan dijual lebih mahal daripada kembarnya Suzuki Ertiga.

SUMBER: Toyota India

Auto Terkini Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV Roda4 Suzuki Ertiga Toyota India Toyota Rumion (2023)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

19/06/2026
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

19/06/2026
Auto Terkini

Tukar Minyak Enjin Pun Boleh Dapat Perlindungan? Ini Yang Ditawarkan Automaster Care

19/06/2026

1 Comment

  1. RPLA on 13/09/2023 12:59

    The cabin space uses black tones with a combination of wooden accents on the dashboard,

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia โ€“ Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.