Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kelemahan Pengangkutan Awam Bantu ‘Careem’ Kuasai Tiga Rantau
Autotainment

Kelemahan Pengangkutan Awam Bantu ‘Careem’ Kuasai Tiga Rantau

Han OthmanBy Han Othman09/01/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GRABCAR boleh dianggap sebagai gergasi perkhidmatan teksi e-hailing di Asia Tenggara berdasarkan dominasi syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur itu sekitar enam negara serantau, iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Jauh di rantau lain, iaitu Timur Tengah, Afrika Utara dan Asia Selatan, perkhidmatan seumpama itu ditawarkan syarikat Careem (dibaca: Karim) yang berpangkalan di Dubai, salah satu bandar mewah di Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Careem beroperasi di 53 bandar seluruh tiga rantau berkenaan. Antara bandar besar  yang mendapat liputan Careem ialah:

  • Abu Dhabi
  • Baghdad
  • Beirut
  • Kaherah
  • Doha
  • Gaza
  • Islamabad
  • Istanbul
  • Jeddah
  • Karachi
  • Kuwait City
  • Lahore
  • Madinah
  • Mekah
  • Ramallah

Sama seperti GrabCar di Malaysia, lawan utama Careem sudah tentu Uber yang lebih berstatus antarabangsa. Malah, Careem juga tidak terlepas daripada kontroversi dengan perkhidmatan teksi di setiap negara yang dimasukinya.

BACA >>> London Haramkan Uber, Pemandu ‘Black Cab’ Tarik Nafas Lega

Di Mesir misalnya, pemandu teksi negara itu pernah melancarkan beberapa protes membantah perkhidmatan Careem yang didakwa beroperasi tanpa permit sah. Malah, insiden pemandu Careem diserang pemandu teksi turut dilaporkan. Sama saja situasi seperti di Malaysia ketika awal pengenalan GrabCar dan Uber dulu.

Di Arab Saudi pula, pemandu Careem (termasuk Uber) dilarang mengambil penumpang dalam lapangan terbang. Bagi meningkatkan lagi keselamatan, pihak berkuasa Saudi turut melarang penduduk bukan warga negara mendaftar diri sebagai pemandu perkhidmatan teksi e-hailing itu.

UNTUNG BESAR DI PAKISTAN

Di Pakistan, Careem berada di kemuncak permintaan pasaran berikutan kelemahan pengangkutan awam dan infrastruktur di negara itu. Sejak dilancarkan pada 2016, Careem Pakistan mendakwa mencatatkan keuntungan hingga 50 peratus setiap bulan.

Selain faktor kelemahan pengangkutan awam dan infrastruktur sedia ada, penerimaan pengguna Pakistan terhadap aplikasi Careem turut dibantu harga tambang murah yang secara kasar setara dengan pengangkutan awam lain di pasaran seperti lanca motosikal (beroda tiga) dan teksi persendirian. Malah, ramai pemandu di sana sanggup bekerja lebih masa (ada hingga 18 jam sehari) dan jumlah masa itu turut menyumbang kepada keuntungan Careem dan Uber.

Di Pakistan, Careem beroperasi di tiga bandar besar, iaitu Lahore, Karachi dan Islamabad, manakala Uber cuma di Karachi dan Lahore. Careem turut merancang meluaskan lagi operasi perkhidmatannya ke bandar-bandar lain seperti Hyderabad, Faisalabad, Gujranwala, Peshawar, dan Multan. Menurut bancian 1998, populasi semua bandar itu ialah 6.5 juta dan semestinya mengalami banyak perubahan selepas dua dekad berlalu.

Berbeza berbanding Uber, perkhidmatan Careem di Pakistan dilaporkan lebih mesra pemandu. Boleh dikatakan, Careem jauh mengatasi Uber dalam segenap aspek dengan mencatatkan jumlah pertambahan pemandu dan pengguna yang ramai.

BACA >>> GrabCar, Uber Jadi Pengangkutan Masa Depan, Mungkinkah Teksi Sudah Tidak Relevan?

Uniknya, tambang ditawarkan  Careem adalah 25 hingga 30 peratus lebih mahal berbanding Uber. Ini mungkin antara sebab utama kenapa ramai penduduk Pakistan lebih memilih mahu menjadi pemandu Careem kerana berpeluang mendapat pendapatan lebih banyak. Dari segi lain pula, pengguna di Pakistan juga tidak kisah membayar lebih asalkan servis ditawarkan berkualiti selain dapat menikmati pengalaman premium.

Bagaimana pula Malaysia? Antara Uber dan GrabCar, mana satu yang perkhidmatan memuaskan hati anda?

autotainment Careem Careem Pakistan Dubai GrabCar Teksi teksi e-hailing Uber
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tahukah Anda

#TahukahAnda: 1, 2 atau 4-Piston: Apa Perbezaan Angkup Brek dan Mana Lebih Bagus?

01/07/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

28/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

28/06/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

28/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

By Han Othman26/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

By Abang Hirata30/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.