Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kekerapan Tren Laluan Kelana Jaya Diselaras Susulan Isu Teknikal
Auto Terkini

Kekerapan Tren Laluan Kelana Jaya Diselaras Susulan Isu Teknikal

SyafieBy Syafie23/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

RAPID Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) memaklumkan kekerapan tren bagi Laluan Kelana Jaya waktu puncak pagi sudah selesai diselaraskan pada jam 10.00 pagi tadi susulan isu teknikal yang menjejaskan beberapa tren.

Menurut kenyataan rasmi, isu tersebut mula dikesan sekitar jam 6.01 pagi apabila beberapa tren mengalami masalah berulang membabitkan sistem brek kecemasan serta peranti kawalan tren.

Tren Dikeluarkan Demi Keselamatan

Rapid Rail menjelaskan bahawa tren yang terlibat sudah dikeluarkan sementara daripada perkhidmatan bagi tujuan pemeriksaan lanjut.

Tindakan itu diambil bagi memastikan tahap keselamatan operasi sentiasa berada pada paras optimum.

Asalnya, Laluan Kelana Jaya dijadualkan beroperasi dengan kekerapan tiga minit ketika waktu puncak pagi bagi menampung jumlah penumpang yang tinggi.

Namun, pengurangan jumlah tren beroperasi menyebabkan perubahan kekerapan serta peningkatan tempoh menunggu penumpang pada awal pagi tadi.

Langkah Mitigasi, Pemantauan Berterusan

Sebagai langkah mitigasi, Rapid Rail menjalankan pemantauan operasi secara berterusan serta membuat pelarasan jadual dari semasa ke semasa bagi meminimumkan kesan kepada pengguna.

Penumpang disarankan untuk mendapatkan maklumat terkini melalui:

  • Laman media sosial Rapid KL
  • Aplikasi PULSE

Rapid Rail turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami serta menghargai kesabaran dan kerjasama penumpang sepanjang tempoh gangguan tersebut.

SUMBER: FBRapidKL

Auto Terkini Isu Teknikal Laluan LRT Kelana Jaya Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

AutoFlight Perkenal Kereta Terbang Terbesar Dunia

23/02/2026
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

23/02/2026
Wanita maut dalam kereta di parkir sebuah stesen minyak | Foto NST
Auto Terkini

Wanita Maut dalam Kereta di Stesen Minyak Paya Terubong

23/02/2026
Auto Terkini

Tune Talk, BHPetrol Lancar Kempen Epik+ Setahun – SIM Percuma, Baucar Minyak Ditawarkan

23/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.