Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Kawasaki Siar Video Teaser Kedua Z900RS Menjelang Debut Tokyo 2017
Roda2

Kawasaki Siar Video Teaser Kedua Z900RS Menjelang Debut Tokyo 2017

AryonBy Aryon07/10/20171 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DENGAN tinggal beberapa minggu saja lagi menjelang pelancaran Z900RS di Tokyo, Kawasaki menyiarkan video acah atau teaser kedua jentera tersebut. Video teaser pertama pada awal September lalu memaparkan kelibat model baharu itu bergerak di sebalik pengadang jalan, disusuli imej lampu bulat dan meter gaya tradisional.

Kali ini, masih lagi dengan paparan video sama, tetapi rupa sisi Z900RS lebih jelas, termasuk sorotan dekat roda depan dan belakang. Bahagian depan jelas kelihatan cakera dual, dan fork terbalik (USD), manakala rupa belakang menyerlahkan penampilan ekzos krom megafon.

BACA >>> Kawasaki Z900RS Bakal Debut di Tokyo Oktober Ini, Berita Baik untuk Penggemar Retro!

Dijadualkan debut pada 25 Oktober ini sempena Pameran Motor Tokyo 2017, Z900RS dibina berasaskan model Z900 dengan tambahan gaya retro-moden era 1970-an, termasuk menampilkan sirip ekzos olok-olok untuk rupa seakan penyejukan-udara.

Kemunculan Z900RS itu menjadikan jentera itu satu-satunya model Kawasaki yang menampilkan gaya retro selepas  W800 ditamatkan pengeluaran.

Bagi pasaran Amerika dan Eropah, kehadiran Z900RS dijangka mendapat sambutan peminat, terutama jika mengambil kira harga Z900 sekitar £8,249 (RM45,664) yang dirasakan cukup berbaloi bagi pembeli di sana.

Poster Z900RS di Jepun

SUMBER: VisorDown

Kawasaki Kawasaki Z900RS motosikal roda2 teaser video teaser
Aryon

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

21/02/2026
Roda2

Triumph Street Triple 765 RX Tiba di Malaysia, Edisi Terhad, Dari RM81,100

19/02/2026
Roda2

Triumph Trident 800 Rasmi di Malaysia, Bermula RM53,900

19/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

19/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.