Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kawasaki Noslisu (2023) Lancar Dalam 3 Versi Di Jepun, Harga Mula RM11.9K!
Auto Terkini

Kawasaki Noslisu (2023) Lancar Dalam 3 Versi Di Jepun, Harga Mula RM11.9K!

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize06/06/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JENAMA motosikal popular, Kawasaki turut sama memyertai trend e-basikal kargo setelah melancarkan Kawasaki Noslisu yang tersedia dalam tiga versi berbeza, semuanya menggunakan teknologi tiga roda yang inovatif oleh Kawasaki.

Pasaran kini dipenuhi dengan lebih banyak e-basikal kargo, termasuk juga daripada jenama terkenal seperti Toyota yang bekerja sama dengan Douze untuk menghasilkan e-basikal kargonya yang tersendiri. Berikut merupakan perincian e-basikal kargo Kawasaki Noslisu ini:

Versi pertama Noslisu ialah sebuah basikal beroda tiga dengan bantuan pedal. Sementara ia tidak memerlukan lesen untuk ditunggang, ia turut mempunyai bakul hadapan yang mudah untuk membawa kargo.

Ia dilengkapi dengan motor hab belakang 180 watt, membolehkan kayuhan yang lebih mudah dengan bantuan pedal. Basikal ini menawarkan jarak kira-kira 30 batu (48km) setiap caj, sesuai dengan mereka yang mencari e-basikal kargo yang praktikal dan cekap, yang berpotensi memberikan faedah yang sama seperti kereta kecil untuk penggunaan harian.

Noslisu versi pertama ini dijual pada harga 363,000 Yen, iaitu kira-kira RM11,960.

Versi kedua Noslisu dikenali sebagai Noslisu E dan merupakan basikal tiga roda dengan bantuan elektrik yang lebih berkuasa. Untuk mengendalikannya, lesen kereta diperlukan.

Model ini mempunyai motor hab belakang 500 watt yang lebih padu, memberikan kuasa bantuan pedal yang lebih baik. Bagaimanapun, ia menawarkan jarak kira-kira 30 batu (48km) setiap caj seperti sebelumnya.

Noslisu E berharga 431,100 Yen, iaitu kira-kira RM14.2k

Versi terakhir, Noslisu Cargo pula direka khusus sebagai model paling utilitarian dalam rangkaian Noslisu. Ia tidak memerlukan lesen untuk menunggang, menjadikannya boleh diakses oleh barisan pengguna yang lebih luas.

Model ini mempunyai ruang kargo yang luas yang diletakkan di antara gandar hadapan dan bar hendal, memberikan kapasiti penyimpanan yang mencukupi dan dilengkapi dengan motor hab belakang 180 watt untuk bantuan bantuan pedal.

Berharga 414,700 Yen, iaitu kira-kira RM13.6k.

BACA >>> Polarity Lancar e-Basikal di India, Harga Bermula Rs38,000 (RM2.2k)
BACA >>> Kastam Melaka Rampas 264 Basikal Elektrik China Berharga Lebih RM740k!

SUMBER: Inside EVs

basikal kargo elektrik e-basikal kargo Jepun Kawasaki Noslisu (2023)
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Kekal Hingga 2026

24/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

23/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

23/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.