Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Kawasaki Motors Malaysia (KMM) Beri Bayangan Suzuki Akan Muncul Semula
Roda2

Kawasaki Motors Malaysia (KMM) Beri Bayangan Suzuki Akan Muncul Semula

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


SUZUKI Assemblers Malaysia (SAM) menghentikan semua operasi di Malaysia bermula 31 Julai lalu. Surat ditandatangani Pengarah Urusan SAM, Kunihiko Uetsuki itu dikirimkan kepada semua pengedar Suzuki sah.

Kenyataan terbaharu SAM mengukuhkan lagi desas-desus kalangan pemerhati automotif yang mendakwa Kawasaki Motors Malaysia (KMM) akan menjadi wakil pengedar motosikal Suzuki. Benarkah?

Namun tiada kepastian tentang berita itu kerana KMM hanya berdiam diri. Selepas dua bulan, persoalan tersebut seakan terjawab. Setiap tahun KMM akan menghantar kuih bulan kepada organisasi media permotoran sempena Perayaan Pertengahan Musim Luruh dalam kalendar Cina.

Bagaimanapun bungkusan kuih bulan yang diterima berbeza seperti tahun sebelumnya. Ada dua jenama tertera pada bungkusan berkenaan bertulis ‘Happy Mid-Autumn Festival, With Compliments Board of Directors, Management & Staff Kawasaki Motor Sdn Bhd (KMSB) dan Suzuki Malaysia Sdn Bhd (SMSB).

Alamat pejabat SMSB juga berada di lokasi jalan sama dengan ibu pejabat KMSB di Glenmarie, Shah Alam. Walaupun masih belum ada pengesahan rasmi daripada KMM, kad itu memberi bayangan kemunculan semula SMSB.

Kenyataan itu juga disokong jawapan balas Pengarah dan Pengurus Besar KMSB, Datuk Jeffrey Lim yang menyebut; “More to come have patience..” (lebih banyak lagi akan datang, mohon bersabar…) dalam grup Whatsapp KMSB Kawasaki Media. Cuma kita semua perlu bersabar hingga diumumkan KMSB sendiri.

BACA >>> #ApaNakBuat: Kawasaki Indonesia Kongsi Tip Pasang Quick Shifter Ninja ZX-25R

MASA DEPAN SUZUKI CERAH DI BAWAH KMSB?

Perjalanan Suzuki di Malaysia kurang bernasib baik sebelum ini. Adakah selepas berada di bawah pengurusan KMSB secara rasmi nanti, masa depan jenama itu kembali cerah? Jika meneliti rekod prestasi KMM, wakil pengeluar itu membawa masuk lebih banyak model berbanding Honda dan Suzuki dahulu.

Malah KMM juga tidak menunggu lama untuk membawa masuk model baharu ke pasaran Malaysia dan selalunya pengeluar itu akan mengumumkan barisan model baharu pada awal tahun sebelum dipasarkan secara rasmi ke pasaran tempatan.

Selain itu, KMM juga tidak mengambil pendekatan selamat seperti mana pesaingnya yang menunggu lama untuk membawa masuk produk baharu. Dari segi perkhidmatan selepas jualan (after sales), KMM juga terkenal dengan hubungan baik dengan pelanggannya dan aktif menganjurkan konvoi setiap tahun mengikut produk tawaran selain memberi sokongan kepada program kelab motosikal dikelolakan pemilik Kawasaki.

Pendekatan itu membuatkan KMM kukuh dan jika mereka menggunakan cara sama dalam pengurusan SMSB, tidak mustahil jenama Suzuki akan kembali kukuh dan mendapat tempat di hati pengguna Malaysia. Inilah apa yang tiada pada SAM sebelum ini.

BACA >>> Kapcai Suzuki Muncul Semula, Kawasaki Jadi Pengedar di Malaysia?

APAKAH KEKURANGAN KMM?

Kelemahan KMM ialah tidak boleh mendominasi segmen kapcai kerana ada kaitan dengan Modenas. Ini kerana Kawasaki Heavy Industries (KHI) ialah pemegang saham Modenas dan produk keluaran pengeluar nasional itu ada menggunakan enjin Kawasaki.

Difahamkan, KMM tidak boleh mengeluarkan produk bawah 150cc dan hanya dibenarkan memasarkan produk 150cc ke atas untuk menjaga pasaran. Bayangkan jika tiada ikatan perjanjian antara KHI-Modenas dengan profail syarikat kukuh dan lama di pasaran, tidak mustahil produk sedia ada dan popular di Malaysia akan tergugat sekiranya Kawasaki memasarkan jentera kecil.

Pengguna bakal menerima banyak pilihan menerusi Suzuki di bawah pengurusan KMM dengan pelbagai barisan produk daripada supersport, sportbike, cruiser, skuter, dan kapcai serta banyak lagi.

Sekiranya KMM menggunakan resepi sama, tidak mustahil model kapcai Suzuki akan kembali semula dipasarkan, dan kita bakal menyaksikan model Suzuki yang tidak sempat memasuki pasaran Malaysia diperkenalkan seperti GSX-150 Bandit, GSX-R150, dan V Strom 250. Jangan lupa juga abang besar GSX-S1000, GSX-R1000R dan Katana.

Teruja? Kami pun, diharapkan pengumuman rasmi pengambilalihan SMM akan terlaksana tahun ini dan selepas itu barulah kita dapat mengetahui hala tuju dan produk yang bakal dibawa masuk.

Nota kaki: Teringat zaman belajar di UiTM Shah Alam bersama rakan serumah merempit Suzuki V100, tak pernah tekan brek setiap kali masuk bulatan Seksyen 2. FX125 pula motor pertama saya ride untuk belajar klac.

BACA >>> Thailand Lancar Suzuki GSX-S150 SE

autoterkini Datuk Jeffrey Lim Kawasaki Kawasaki Motors Malaysia KHI Japan Modenas roda2 Suzuki Suzuki Malaysia
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
View 1 Comment

1 Comment

  1. Jan on 12/09/2020 15:16

    Wahhhh best nya kalau Suzuki masuk malaysia balik !

    Paling teringin nak merasa Suzuki Satria@belang, dan jgk GSX S150 !

    Sangat teruja !

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.