• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki Japan Perkenal Warna Baharu untuk Z400, Z250 (2020)

Kawasaki Japan Perkenal Warna Baharu untuk Z400, Z250 (2020)

October 2, 2019 By AI Leave a Comment

441
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEJAK berubah penuh pada 2018, Kawasaki Z400 yang muncul bersama Ninja 400 menunjukkan prestasi membanggakan, begitu juga Z250 yang berkongsi casis sama dengan abangnya itu. Terbaharu, Kawasaki Japan memperkenalkan skema warna baharu untuk dua famili siri Z itu.

Sportbike naked Z400 dan Z250 tampil dengan dua warna dan grafik baharu, iaitu:

  • Metallic Matte Graphite Gray x Metallic Spark Black (kelabu-hitam)
  • Candy Steel Furnish Orange x Metallic Spark Black (jingga-hitam)

BACA >>> Kawasaki Z400 SE ABS (2019) Debut di Malaysia, Harga RM28,755

Z400 (2020) mewarisi rekabentuk Sugomi yang mana karakter naked bike diserlahkan menerusi rekabentuk bersegi dan serba tajam dengan efek siluet unik. Sportbike ini dipadankan enjin 4-lejang 399cc Parallel-Twin DOHC penyejukan cecair berkuasa 43hp @ 10,000rpm dan tork 38Nm @ 8,000rpm dengan transmisi klac manual 6-kelajuan.

Z250 (2020) juga tampil dengan rekabentuk sama sangat mirip. Jika diperhatikan, apa yang berbeza ialah saiz ekzos Z250 lebih kompak berbanding Z400, begitu juga bunga tayar dan fender belakang. Trenkuasa sportbike baharu ini juga lebih berprestasi yang mampu menjana kuasa 35hp @ 12.500rpm dan tork 23Nm @ 10,500rpm daripada enjin 249cc DOHC berkuasa

Pilihan warna ini bakal berada di pasaran Jepun bermula 1 November depan.

BACA >>> Kawasaki Z250 ABS (2019) Kini di Malaysia, Harga RM21,998!!!

GALERI

KAWASAKI Z400 (2020)

Kawasaki Z400 (2020)_7
Kawasaki Z400 (2020)_3
Kawasaki Z400 (2020)_1
Kawasaki Z400 (2020)_2
Kawasaki Z400 (2020)_5
Kawasaki Z400 (2020)_6

KAWASAKI Z250 (2020)

Kawasaki Z250 (2020)_3
Kawasaki Z250 (2020)_6
Kawasaki Z250 (2020)_1
Kawasaki Z250 (2020)_2
Kawasaki Z250 (2020)_4
Kawasaki Z250 (2020)_5

SUMBER: YoungMachine

Artikel Berkaitan

441
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kawasak Japan, Kawasaki, Kawasaki Jepun, Kawasaki Motor Malaysia (KMM), kawasaki z250 2019, kawasaki z400, naked bike, roda2, sportbike, Warna Baharu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
    Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my