Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Kawasaki Indonesia Perbaharui Warna dan Grafik Ninja 250SL, Siap Kurangkan Harga!
Roda2

Kawasaki Indonesia Perbaharui Warna dan Grafik Ninja 250SL, Siap Kurangkan Harga!

AryonBy Aryon29/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


BUKAN saja di Malaysia, Kawasaki di Indonesia juga menjadi pengeluar motosikal yang aktif merancakkan pasaran dua roda di negara jiran sana, terutama dalam segmen sportbike kategori suku liter. Jika Malaysia ada 3 varian Ninja 250 (STD, SL dan 250), Indonesia pula ada 7 varian Ninja 250 (SE ABS 2018, SE ABS, SE 2018, SE LTD, 250 2018, 250 dan 250SL).

BACA >>> #TunggangUji : Kawasaki Ninja 250 (2018) – Adakah Ini Kuasa yang Anda Nantikan?

Terbaharu Kawasaki Indonesia memperkenalkan versi segar semula untuk Ninja 250SL dengan memperbaharui warna dan grafik badan.

Kawasaki Ninja 250SL

Penyegaran yang dilakukan pada Ninja 250SL ialah perubahan kosmetik, iaitu warna badan hitam dan kelabu yang diserikan grafik hijau baharu bersama frem trellis, juga warna hijau. Warna baharu ini diilhamkan daripada model superbike popular, Ninja H2. Selain warna utama itu, Kawasaki Indonesia turut menawarkan Ninja 250SL dalam skema warna merah-kelabu-hitam.

Menariknya Kawasaki Indonesia turut melakukan perubahan harga untuk Ninja 250SL. Sebelum ini, Ninja 250SL dijual pada harga Rp45.3 juta (RM13,267), yang lebih kurang sama seperti model pesaing, KTM RC 250. Namun, model versi segar semula ini, harga bukan saja tidak dinaikkan, tetapi diturunkan kepada Rp36.8 juta (RM10,778). Wow!

BACA >>> #RetroAuto: [SIRI 2] 4 Model Kawasaki Ninja 250 Dekad 90-an dan Milenium

Malah penurunan diberikan ialah sebanyak Rp8.5 juta (RM2,489). Hmm, boleh tahan banyak juga. Harga baharu itu dikatakan membolehkan sportbike itu duduk sebaris dengan model sportbike 150cc. Menarik bukan? Inilah bertuahnya negara yang memiliki pasaran beli yang besar.

Indonesia Kawasaki Kawasaki Indonesia kawasaki ninja KAWASAKI NINJA 250SL ninja roda2 sportbike
Aryon

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Thunder LS250-S
Roda2

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

16/01/2026
View 1 Comment

1 Comment

  1. Bonnie on 02/07/2019 19:51

    Hi boss, this bike can delivery come at Malaysia?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.