Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kapcai Suzuki Muncul Semula, Kawasaki Jadi Pengedar di Malaysia?
Auto Terkini

Kapcai Suzuki Muncul Semula, Kawasaki Jadi Pengedar di Malaysia?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


KIRA-kira lima tahun lalu pasaran automotif tempatan mendapat khabar Suzuki Assemblers Malaysia (SAM) menghentikan jualan motosikal sesaran kecil di Malaysia dan memutuskan menumpukan kepada motosikal besar.

Namun sepanjang tempoh berkenaan kita boleh melihat nama Suzuki seakan hidup segan mati tidak mahu. Kali terakhir kita dengar produk baharu jenama itu di Malaysia ialah Katana.

BACA >>> Suzuki Malaysia Umum Harga Katana dalam Komen Facebook Sahaja, RM84,500

Model motosikal Suzuki cukup terkenal dengan teknologi berdaya maju dan aspek ketahanan yang lebih baik berbanding pesaing Jepun lain. Cuma kelemahan SAM adalah rangkaian perkhidmatan pelanggan seperti servis selepas pasaran dan sokongan alat ganti selain kekurangan wakil jualan setiap negeri.

Jika tidak, Suzuki memang ada potensi untuk pergi jauh dengan barisan produk yang tidak kurang hebat. Misalnya di Indoensia, ada produk Suzuki tertentu pernah menjuarai carta jualan motosikal di sana. Ia bukannya benda yang mustahil

SAM TUTUP OPERASI, SERAH KEPADA SMSB

Terkini, muncul satu surat pekeliling yang menyatakan SAM akan menghentikan semua operasi di Malaysia bermula 31 Julai ini. Surat ditandatangani Pengarah Urusan SAM, Kunihiko Uetsuki itu dikirimkan kepada semua pengedar Suzuki sah.

Namun isi kandungan yang menarik perhatian dalam surat tersebut ialah poin nombor 4: “Future business will be handled by Suzuki Malaysia Sdn Bhd (SMSB). The representative of SMSB will contact you in due course.”  Ia jelas menyatakan  urusan perniagaan SAM pada masa akan datang akan diuruskan Suzuki Malaysia Sdn Bhd (SMSB).

Adakah anda ingat lagi artikel Kawasaki Hentikan Jualan di Malaysia, Tunggu JV Rasmi dengan Modenas? dan Kawasaki Motors Malaysia (KMM) Mungkin Jual Produk CBU Sahaja?

KMM AMBIL ALIH SEBAGAI PENGEDAR SUZUKI?

Soalannya, adakah kenyataan terbaharu SAM itu mengukuhkan lagi  desas-desus dalam kalangan pemerharti automotif yang mendakwa Kawasaki Motors Malaysia (KMM) akan menjadi wakil pengedar motosikal Suzuki?

Selepas berminggu mengorek dan mengumpul maklumat, kami boleh katakan 98 peratus adalah benar. Cuma apa yang belum diketahui sama ada kemunculan semula SMSB itu akan memasarkan semua segmen motosikal atau menumpukan kepada sebahagian produk sesaran tertentu.

SUZUKI BELANG 150 BAKAL MUNCUL?

Katakan Suzuki menerusi SMSB kembali membawa masuk motosikal sesaran kecil hingga besar, adakah kita bakal melihat kehadiran semula Belang 150 selepas termeterai perjanjian KMM sebagai pengedar sah SMSB?

Spekulasi ini memang mengujakan kerana KMM diketahui memiliki jaringan pengedar yang menyeluruh. Malah, KMM sendiri belum ada produk motosikal sesaran kecil seperti kapcai yang menawarkan potesi pembeli lebih besar.

Difahamkan juga, walaupun KMM akan jadi pengedar rasmi jenama SMSB di Malaysia, jualan produk Kawasaki masih berjalan seperti biasa. Seperti mana kita tahu, KMM adalah pengedar rasmi jenama Kawasaki di Malaysia yang akan memasarkan produk motosikal besar jenama itu.

Logo Kawasaki Heavy Industries (KHI)

Ini kerana Kawasaki Heavy Industries, Ltd (KHI) berhasrat berkolaborasi dengan Modenas untuk menggunakan nama dan fasiliti pengeluar motosikal tempatan itu untuk merebut pasaran motosikal sesaran kecil. Maknanya, model Kawasaki atas 700cc akan berada di bawah pengurusan KMM.

Cuma segalanya akan jadi rasmi apabila KHI menandatangani perjanjian memorandum persefahaman (MoU) dengan Modenas. Begitu juga sebaliknya, kerana KMM dilaporkan menandatangani perjanjian dengan Suzuki Motor Jepun.

BACA >>> Ini Betul-Betul Bukan Cobaan, Modenas Ninja 250 ABS Bakal Lancar di Malaysia!

autoterkini Kawasaki Kawasaki Motor Malaysia (KMM) Kawasaki-Modenas Kunihiko Uetsuki roda2 Suzuki Suzuki Assemblers Malaysia (SAM) Suzuki Belang R150
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
View 7 Comments

7 Comments

  1. Senusi on 10/07/2020 17:20

    Suzuki MOPED

    Reply
  2. Senusi on 10/07/2020 17:21

    Kawasaki MOPED

    Reply
  3. Fahmi on 10/07/2020 19:29

    Keluarkan balik motor kapcai suzuki kerana ada lagi peminatnya dimalaysia ni sebab jenama suzuki ni tahan lasak

    Reply
  4. Wan Hanafi on 11/07/2020 10:16

    Bukankah Modenas berkolaberasi dengan Kawasaki sebagai Pengedar jenama Kawasaki di Malaysia. Adakah model Suzuki juga akan diedar bersama model kawasaki dibawah jenama Modenas…?

    Reply
  5. Burung Antu on 18/07/2020 09:31

    tup² ..akan terlahirnya SUPERMOPED 2 cylinders KAWASAKI? SUZUKI? no wonder kan? sb ZX-25 ialah 4 cylinders. dunia kapcai, dgn harga 16K, 26K, 36K (modified lah) itu perkara biasa. sebabnya, penggemar kapcai lebih banyak dari sport/superbike..😂😂😂

    Reply
  6. Aqil on 24/01/2021 00:09

    Kami mahu berita terkini mengenai khabar angin yang mengatakan Suzuki Belang akan memasuki pasaran Malaysia pada tahun ini

    Reply
  7. juak on 17/05/2021 15:56

    Auta

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.