Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kajian: Ramai Pemandu Silap dan Keliru Tentang Simbol Teknologi Moden Kereta
Autotainment

Kajian: Ramai Pemandu Silap dan Keliru Tentang Simbol Teknologi Moden Kereta

Abang HirataBy Abang Hirata30/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEJAK Proton melancarkan X70, peminat automotif dilanda demam Hi! Proton yang menjadi kata sapaan untuk mengaktifkan sistem arahan suara model kenderaan utiliti sukan (SUV) premium tersebut. Teknologi canggih biasanya menyumbang kepada peningkatan harga.

Cuba bandingkan harga antara varian asas dan premium sesebuah model, itulah perbezaannya jika mahu kereta yang lengkap serba-serbi. Selain itu, tidak semua pemilik tahu tentang fungsi atau simbol teknologi yang ada pada kereta mereka. Kenyataan ini bukan dibuat-buat, tetapi disokong data.

RAMAI SILAP DAN KELIRU

Laman web jual beli kereta di Britain, BuyACar.co.uk menjemput 1,000 pengguna kenderaan untuk mengenal pasti enam simbol yang biasa tertera pada panel meter. Hasilnya, majoriti pemandu tidak faham tentang simbol tersebut, dan beberapa pemandu juga didapati tersilap dalam mengenal pasti simbol yang ada.

BACA >>> Ramai Pemandu UK Kurang Pengetahuan Senggara Kereta, Tidak Tahu Simbol Amaran Brek

Malah, ia melibatkan beberapa simbol penting, misalnya pengehad kelajuan dan bantuan kekal lorong (LKA) yang dapat mencegah kenderaan dipecut melebihi had dan mengelak perlanggaran. Berikut simbol teknologi canggih yang dimiliki kereta hari ini berserta dapatan kajian (dengan jawapan lucu), termasuk harga kereta.

1. PENGEHAD KELAJUAN – £250 (RM1,318)

  • 547 responden (44%) keliru simbol ini sebagai kawalan jelajah.
  • 147 responden keliru sebagai amaran had laju.
  • 55 responden rasa ia untuk mengeset semula atau reset meter perjalanan.
  • 492 responden (40%) menjawab betul.

2. PAPARAN DONGAK (HUD) – ~ £400 (RM2,109)

Simbol ini paling mudah diketahui pemandu. Bagaimanapun hampir suku responden mengatakan ia simbol kepada panduan pemilik digital. 137 responden percaya ia merujuk kepada keadaan bersalji dan 55 responden menyangka ia simbol supaya pergi ke stesen minyak berdekatan.

3. BANTUAN KEKAL LORONG (LKA) – ~ £350 (RM1,845)

Majoriti pemandu memberi jawapan betul, iaitu bantuan kekal lorong (LKA) dan ada langsung tidak tahu. Hampir suku responden percaya ia simbol kekal jarak dengan kenderaan depan. Seramai 29 responden menyangka itu simbol lampu kabus belakang, manakala 13 responden lagi menganggap ia amaran titik buta (BSW).

4. BANTUAN PARKIR – ~ £200 (RM1,054)

Simbol ini paling ramai dijawab betul, seramai 92% pemandu, bantuan parkir. Namun, ada 39 pemandu menganggap ia simbol berkaitan kunci stereng, manakala 20 pemandu lain mendakwa itu pelarasan stereng untuk tetapan posisi memandu paling selesa.

5. SISTEM HENTI-MULA

Sistem ini sudah banyak digunakan kereta sekarang. Majoriti menjawab betul, tetapi ada 33% menyangka ia simbol kitaran udara dan 23% responden (274 orang) mendakwa ia mod automatik. Tidak dapat dipastikan mod automatik untuk fungsi yang mana satu.

6. PEMANAS STERENG – ~ £150 (RM791)

Fungsi ini jarang ada untuk kereta di negara kita yang beriklim panas, kecuali unit diimport atau recond daripada pengedar AP. Simbol ini juga mudah dicam pemandu Britain, seramai 90% responden. Baki 10% lagi keliru sama ada simbol ini merujuk kepada pelarasan ketinggian stereng, ventilasi cermin depan atau paparan dongak (HUD).


Memang lucu apabila membaca beberapa jawapan daripada dapatan di atas, tetapi hakikatnya, ia permasalah yang agak serius. Salah satu cara mengatasi, pemandu perlu membaca manual atau sekurang-kurang bertanya kepada mereka yang arif.

Satu lagi kami hendak kongsi, simbol seperti siput itu sebenarnya bukan pengering rambut, tetapi pendesak turbo aka turbo boost pada enjin kereta anda.

BACA >>> Salahkah Pasang Helmet Visor Gelap? Ini Jawapan JPJ…

autotainment BuyaCar.co.uk kajian Simbol kereta survey teknologi
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV Coupé EV, Leapmotor B05 Diperkenal di Brussels Autosalon

02/03/2026
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga Mula RM289k!

02/03/2026
Skoda Octavia vRS Dragon Skin 2026
Roda4

Peminat UK Pilih Dragon Skin Sebagai Warna Baharu Skoda Octavia vRS 2026

02/03/2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.