• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: Jualan Kenderaan 2025 Dijangka Menurun 11 Peratus Akibat Masalah Ekonomi Semasa

Kajian: Jualan Kenderaan 2025 Dijangka Menurun 11 Peratus Akibat Masalah Ekonomi Semasa

April 18, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


RHB Investment Bank Bhd mengekalkan pendirian neutral terhadap sektor automotif negara berdasarkan jangkaan prestasi yang kian merosot seiring kelembapan ekonomi semasa.

Dalam laporan kajian, firma perbankan itu menyatakan tiada faktor pemangkin kukuh yang dapat mendorong peningkatan ketara dalam jualan atau pendapatan sektor automotif.

Jadi pendekatan berhati-hati diambil dengan menumpukan kepada syarikat berdaya tahan ketika fasa penurunan ekonomi, dengan Sime Darby dipilih sebagai saham utama pilihan.

Sime Darby diutamakan kerana kedudukan kukuh dalam pasaran kenderaan elektrik (EV), yang dijangka menjadi fokus utama selepas penstrukturan semula subsidi RON95.

Syarikat itu juga dijangka mendapat manfaat daripada lonjakan permintaan EV yang lebih jimat bahan api. Selain itu, Perodua juga dilihat pemain penting kerana mampu mengekalkan pendapatan dalam situasi pasaran yang semakin kompetitif, terutama dengan kehadiran jenama bukan nasional yang kian agresif.

RHB Investment Bank turut menyatakan pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 kemungkinan besar ditangguhkan. Kelewatan itu berpunca daripada ketidaktentuan mengenai butiran pelaksanaan, seperti penggunaan MyKad dalam sistem harga dua tahap dan pengkelasan golongan T15 yang tidak layak menerima subsidi.

Situasi itu dijangka menangguhkan pelaksanaan subsidi baharu hingga selepas pertengahan 2025, sekali gus menambah ketidaktentuan dalam pasaran automotif.

Dasar berkaitan EV turut menimbulkan kekaburan hala tuju, terutama penamatan pengecualian cukai untuk EV import (CBU) pada akhir tahun ini.

Walaupun langkah berkenaan bertujuan menggalakkan pengeluaran tempatan EV CKD yang terus menerima pengecualian hingga 2027, tetapi masih boleh memperlahankan pertumbuhan pasaran EV kerana sebahagian besar EV semasa adalah diimport. Ketidakjelasan dasar itu menyebabkan pemain industri OEM berhati-hati sebelum membuat keputusan pelaburan besar di Malaysia.

Akhir sekali, isu semakan semula nilai pasaran terbuka (OMV) dalam pengiraan duti eksais turut menambah kebimbangan dalam industri. Jika semakan itu dikuat kuasa pada Januari 2026, harga kereta CKD boleh meningkat hingga 30 peratus, berbanding pengiraan terdahulu yang hanya berdasarkan kos pembuatan.

Perubahan tersebut berkemungkinan menyebabkan lonjakan jualan menjelang tarikh pelaksanaan, tetapi tekanan daripada pengeluar kereta tempatan mungkin mempengaruhi keputusan akhir Kerajaan.

Dari segi jualan keseluruhan, jumlah TIV bagi dua bulan pertama 2025 menurun 14.3 peratus berbanding tahun terdahulu, dan TIV sepanjang tahun ini dijangka hanya sekitar 730,000 unit, iaitu menurun 11 peratus.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jualan Keseluruhan Industri (TIV), kajian, kajian automotif, RHB Investment Bank Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev