Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kajian Jadi Bukti Kenapa Dacia Cuma Mahu Tumpu Hasilkan Kereta Ringkas
Roda4

Kajian Jadi Bukti Kenapa Dacia Cuma Mahu Tumpu Hasilkan Kereta Ringkas

Abang HirataBy Abang Hirata19/10/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TEKNOLOGI barangan harian masa kini seperti gajet komunikasi memang canggih belaka, tetapi bukan 100 peratus pengguna tahu menggunakannya. Menurut kajian Dacia, rakyat Britain membelanjakan setengah bilion paun setahun* untuk gajet dengan fungsi dan ciri yang tidak digunakan.

Separuh golongan dewasa Britain mengakui menggunakan kurang 60 peratus tetapan yang ada pada gajet mereka secara kerap, dan hampir satu per sepuluh lagi cuma menggunakannya kurang sepuluh peratus*.

BACA >>> Kereta Terlaris Eropah 2016 – VW Popular, Tapi Skoda Paling Laku

Kajian dilakukan pengeluar automotif Romania itu adalah membabitkan 2,000 responden dewasa Britain. Kajian juga mendapati lebih satu per tiga responden menamakan telefon pintar sebagai gajet dengan fungsi paling banyak tidak digunakan. Secara purata, kurang separuh tetapan digunakan.

Sebanyak 84 peratus responden percaya gajet hari ini direka semakin rumit. Kenyataan itu bukanlah mengejutkan kerana hampir 60 peratus responden mengakui meninggalkan telefon pintar mereka dalam satu atau dua mod sama, dan tidak bereksperimen dengan pelbagai pilihan lain yang ada.

Tetapi, kenapa Dacia mengada-ngada buat kajian gajet pula? Apa kena mengena dengan automotif? Faktanya, Dacia sebenarnya ada mengeluarkan kereta tanpa gajet dan ciri yang fancy. Fikirkan Proton Saga, dan begitulah konsep kereta Dacia. Asalkan dapat menjalankan fungsi utama tertentu dengan baik, bukankah semua itu sudah memadai?

Berikut Hasil Kajian Dacia Tentang Pengguna UK

  • Satu per lima warga Britain memiliki tiga atau lebih peralatan dapur yang tidak digunakan langsung.
  • Enam per sepuluh tidak tahu langsung menggunakan mesin basuh sendiri sepenuhnya.
  • 15 peratus pelanggan keliru dengan pembelian mereka selepas sukar digunakan.
  • Hampir satu per tiga responden membeli gajet menyeronokkan seperti dron atau set kepala VR, tetapi kemudian menyimpannya dalam stor selepas beberapa kali digunakan.
  • Daripada jumlah itu, 55 peratus percaya mereka rasa rugi kerana tidak dapat menikmati sepenuhnya apa yang dimiliki hanya kerana tidak pandai menggunakan gajet dibeli secara total.
  • Separuh warga Britain mendakwa tiada masa untuk belajar tentang bagaimana menggunakan barangan yang dibeli dengan betul. Satu per empat mengatakan mereka sudah cukup gembira hanya kerana barangan tersebut dapat berfungsi seperti dimahukan.

Ketua Dacia Britain, Louise O’Sullivan berkata, kebanjiran gajet dan teknologi hari ini sepatutnya menjadikan kehidupan lebih mudah, tetapi kajian Dacia mendedahkan ada jutaan orang, atau tidak sampai separuh yang betul-betul menggunakan fungsi teknologi tersebut, sekali gus menimbulkan persoalan tentang apakah nilai faedah yang dinikmati pengguna sebenarnya?

TEKNOLOGI KERETA

Apabila bercakap tentang kereta, warga Britain hanya mengguna dua per tiga tetapan yang ada, dan jumlah sama juga mengatakan mereka tidak memahami sejumlah simbol pada papan pemuka, manakala satu per sepuluh mengakui tidak memahami langsung apa-apa simbol yang ada.

Dacia tidak buat teknologi sia-sia. Kami percaya kajian ini menunjukkan Dacia realistik. Kami berbangga dapat memberikan pelanggan sekadar apa yang mereka perlukan, dan melakukannya dengan baik,” kata O’Sullivan.

* Perbelanjaan pengguna Britain pada 2015 (telefon pintar, PC, tablet dan seumpamanya) £123.9 bilion – Gartner.com

* Berdasarkan 22 barangan kediaman – telefon pintar, jam pintar, oven, ketuhar gelombang mikro, pembakar roti, Sky Q atau pakej TV lain, konsol permainan, navigasi satelit, komputer atau laptop, pemproses makanan, radio digital, pemain MP3 atau iPod, penyedut hampagas, seterika, pengering pakaian, mesin basuh, alat pembasuh pinggan, tablet, kereta, TV pintar, mesin pembancuh kopi, kamera digital camera/pencetak

Auto Terkini autotainment Dacia kajian Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.