Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kajian: Harga Kenderaan CKD Tidak Akan Naik Hingga Januari 2026
Auto Terkini

Kajian: Harga Kenderaan CKD Tidak Akan Naik Hingga Januari 2026

SyafieBy Syafie06/02/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HARGA kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dijangka tidak mengalami kenaikan hingga awal tahun depan selepas semakan semula duti eksais nilai pasaran terbuka (OMV) ditangguhkan beberapa kali.

Semakan sepatutnya dilaksanakan pada 2020, tetapi kini ditangguhkan lagi dengan tarikh akhir baharu pada Januari 2026.

Penganalisis Maybank Investment Bank, Loh Yan Jin berkata, OMV menentukan nilai cukai untuk CKD berdasarkan kos pengeluaran dan perbelanjaan jualan. Jika semakan itu dilaksana, harga kereta CKD dijangka meningkat antara 10 dan 30 peratus, yang akan menjadikan kereta CKD lebih mahal.

Yan Jin juga menyatakan kemungkinan itu boleh menjejaskan jumlah keseluruhan industri (TIV) tempatan, terutama jika berlaku bersama cabaran lain seperti rasionalisasi subsidi petrol dan cukai barangan bernilai tinggi (HVGT) yang boleh menurunkan sentimen pengguna dan permintaan pasaran.

Sementara itu, kenaikan gaji minimum yang berkuat kuasa pada 1 Februari 2025 dijangka tidak memberi kesan besar kepada kos operasi industri automotif. Kenaikan kos dijangka kurang dari satu peratus, dan beberapa syarikat seperti Sime Darby (SIME), Bermaz Auto, dan Tan Chong Motor tidak menjangka impak material daripada perubahan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Yan Jin menyatakan empat lokasi utama untuk pelaburan sektor kenderaan elektrik (EV) sudah dikenal pasti di Semenanjung Malaysia, iaitu Perlis, Perak, Pahang, dan Johor. Pemain industri alat ganti tempatan dijangka dapat memanfaatkan peralihan ke EV untuk memperluas pasaran dan mendapatkan akses kepada rantaian bekalan global.

Logo Perodua
Logo Proton

Beliau juga menyebut MCE Holdings dijangka menjadi pemain utama dalam pembekalan komponen EV, manakala Sime Darby (SIME) dilihat berada dalam kedudukan baik untuk menghadapi peralihan tersebut. Penyatuan industri global antara pengeluar barangan asal (OEM) dijangka memberi kesan kepada pemain tempatan.

Yan Jin menambah pasaran automotif Malaysia kekal kukuh, dengan jenama nasional seperti Perodua dan Proton menguasai hampir dua pertiga TIV, sekali gus memberikan cabaran tambahan kepada pengeluar Jepun yang turut bersaing dengan jenama tempatan dan pemain baharu.

SUMBER: BeritaHarian

Auto Terkini kajian Kenderaan Pemasangan Tempatan (CKD) Loh Yan Jin Maybank Investment Bank
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.