• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Kajian: Benarkah Pakai Helmet Bantu Penunggang Elak Kecederaan Serius?

Kajian: Benarkah Pakai Helmet Bantu Penunggang Elak Kecederaan Serius?

March 9, 2018 By admin.pandulaju 1 Comment

469
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERCAYA atau tidak, sesetengah kalangan penunggang menganggap memakai helmet cuma sekadar syarat atau asal pakai saja. Kata mereka, helmet tidak banyak memberikan perlindungan seandainya berlaku perlanggaran. Benarkah?

Idea tersebut disangkal kajian dilakukan pasukan saintis di Universiti of Wisconsin, Amerika Syarikat (AS). Hasil kajian mendapati selain membantu mencegah kecederaan kepala, helmet juga dapat mengurangkan risiko kecederaan ke atas tulang belakang leher (cervical spine injury), sekali gus menyangkal kepercayaan karut tentang golongan anti-helmet.

Golongan anti-helmet percaya sebarang tambahan beban pada helmet mampu meninggikan risiko kecederaan leher ketika kemalangan. Namun, hasil kajian mendedahkan tiada sebarang penambahan risiko ke atas leher, sebaliknya lebih membantu melindungi anggota badan itu.

BACA >>> Kajian: Pengadang Jalan 36-inci Lebih Selamat, Tetapi Seinci Lebih Tinggi Berisiko Maut

PAKAI HELMET, KURANG CEDERA

pakai-helmet-1
pakai-helmet-2
pakai-helmet-3

Berikut statistik diperoleh:

  • Antara 2010 dan 2015, berlaku 1,061 kes kecederaan akibat kemalangan motosikal di Wisconsin. Daripada jumlah itu, 323 penunggang memakai helmet, dan 738 penunggang lain tidak.
  • 7.4 peratus kes kemalangan melibatkan penunggang berhelmet yang mengalami kecederaan tulang leher.
  • 15.4 peratus mengalami kecederaan sama kepada penunggang tanpa helmet, lebih dua kali ganda tinggi.
  • 4.6 peratus penunggang berhelmet mengalami kecederaan tulang leher
  • 10.8 peratus mengalami kecederaan sama kepada penunggang tanpa helmet, hampir tiga kali ganda tinggi.

Kesimpulannya, hujah berbaur mitos tanpa asas yang menyangkal kebaikan helmet sudah pun diruntuhkan. Maknanya, semua penunggang mesti pakai helmet!

BACA >>> Helmet: Open Face vs Full Face, Mana Lebih Selamat?
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Pilih Helmet yang Padan Ikut Saiz Kepala

SUMBER: VisorDown

Artikel Berkaitan

469
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: aksesori, autotainment, helmet, kajian, pakai helmet, roda2, topi keledar, Universiti of Wisconsin

Comments

  1. Ahmad says

    March 9, 2018 at 4:30 PM

    Safety first

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kia EV9 (2023), SUV Elektrik Gaya Kotak dengan Tiga Baris Tempat Duduk!
    Kia EV9 (2023), SUV Elektrik Gaya Kotak dengan Tiga Baris Tempat Duduk!
  • Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
    Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
  • Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
    Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my